CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, February 6, 2009

Si Apam Gula Merah

Masih awal pagi lagi, kelopak mata masih terasa berat untuk celik melihat suasana pagi.Tapi, tanggungjawab rutin harus di laksanakan. Sebaik sahaja selesai apa yang harus di buat, langkah kaki terus menuju ke ruang dapur..

Melihat dan melakukan apa yang harus di buat bagi santapan pagi. Terpandang kukusan yang terletak di atas dapur..aah..semalam malam sempat mengukus kuih buat hidangan sarapan pagi. Bila di buka tudung kukusan..aah..bibir mengukir senyuman. Ceria warna kuih ini..memudahan seceria hari jumaat yang berbahagia ini..:-)


Kuih Apam Gula Merah, nama di beri..pertama kali membuatnya. Dulu sering makan kuih apam jenis ini. Namun makin hari berlalu, makin jauh di tinggalkan kuih apam jenis ini. Bukan tiada di jual di sana sini, tetapi hati belum tergerak untuk membeli..

Dan hari ini, hidangan ini yang kami nikmati...sedap , lembut, cukup manis bukan kepalang. Makan bersama kelapa yang telah di taburi dengan sedikit garam. Allahamdulillah......Sesungguhnya sangat menyelerakan...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

0 comments:

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™