CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, February 27, 2009

Kombinasi Sambal Ikan

Semalam jam di dinding hampir menunjukkan 3.00 petang. Dan sehingga waktu itu aku masih belum makan tengahari apatah lagi memasak. Bab memasak ini, aku memang malas sungguh. Ulang alik ke dapur..buka tutup petisejuk berkali-kali, tetapi mood ingin memasak memang tiada langsung!

Tiada mood memasak tetapi perut terasa sangat lapar. Lalu ku gagahkan diri untuk tetap berada di dapur. Melihat di dalam petisejuk apa yang ada, aku keluarkan. Ada sambal udang kering pemberian saudaraku, ada baki sambal ikan bilis yang ku buat tempohari.

Ku keluarkan isi ikan dan defrost. Potong-potong lalu ku celupkan dengan adunan tepung yang telah siap ku buat. Lalu goreng hingga agak garing dan kedua sambal tadi ku satukan dan tumis kembali. Kemudian ku masukkan isi ikan yang di goreng tadi.



Aah...buntu sebenarnya bila memikirkan nak makan apa untuk memenuhi selera sendiri. Tetapi dalam buntu begitu, aku capai apa yang ada dalam petisejuk. Ada daun ketumbar aku hiris halus dan taburkan ke dalam sambal tadi. Ada tomato cherry..aku campak sekali. Akhir sekali aku taburkan bawang goreng! Siap...!


Lalu apalagi...senduk nasi panas ke dalam pinggan bersama sambal ikan ini. Lalu suap ke mulut......wah...terkesima seketika....lauk begini punya ringkas pun ada taste la! Sedap rasanya..kombinasi dua sambal.......tak dapat rasa macam ini bila makan di luar. So, apalagi..dua pinggan nasi aku bedal habis! Sedap sesekali makan lauk kering-kering begini.
Oops! Untuk anda....Jemput makann..:D





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, February 25, 2009

Jelly Fruit Cake

Jelly Fruit Cake
Sejenis pencuci mulut yang dingin dan lembut untuk di nikmati.
Sangat menyelerakan bagi yang menyukainya.

Bertatahkan buah-buahan pilihan, pencuci mulut jenis ini memang sangat sesuai bagi yang tidak gemar pada sesuatu yang terlalu manis.


Di lembutkan pula dengan kombinasi jelly dan kek, pencuci mulut ini memang ternyata menarik perhatian untuk mencubanya.


Mudah membuatnya dengan sukatan yang betul. Dipotong dengan kemas dan di letakkan di dalam mangkuk kertas. Sangat menarik tatkala menghidangkan buat tetamu mahupun keluarga.


Hidangkan tatkala dingin. Aah..pasti laju di ngap tanpa perlu di pelawa.
Adakala kita perlu kreativiti. Perlu minat dan kesungguhan membuat sesuatu.
Hasilnya, walau hidangan seringkas mana...ianya tetap menawan hati keluarga dan para tetamu.


Aku seorang yang yakin akan kesungguhan serta air tangan seseorang. Lakukan dengan penuh rasa kasih sayang...,keikhlasan membuat sesuatu bakal melahirkan sesuatu yang indah.
Walau ianya semudah ABC...:-) Insya'Allah..
Kurang yakin? Cuba laaa....


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, February 22, 2009

Kuih Koci Pulut Hitam

Kuih Koci Pulut Hitam -
Kuih tradisi orang melayu kita yang hampir tidak kelihatan masa kini. Jarang-jarang sekali kuih ini dapat kelihatan di jual di sana sini terutama di kota singa ini.
Dan jarang-jarang juga menjadi pilihan keluarga bagi menjamu selera. Oleh kerana jarang-jarang....,membuatnya pun rasanya belum pernah. Biasanya makan kuih ini dengan cara order dengan seseorang. Senang...apatah lagi jenis frozen..bila nak makan just kukus kembali. Mudah, bukan?:-)


Tetap dalam masakini..cara begitu usah di pratikkan lagi. Buat sendiri itu lebih baik. Biar di tertawakan, tetapi yang jelas..buat sendiri lebih berbaloi. Aaah...tak tahu mengapa di namakan kuih koci tetapi yang pasti rasanya sungguh sedap. Kombinasi tiga jenis tepung membuat kuih ini begitu enak sekali.



Kerjanya agak rumit bagi sesetengahnya, namun bila menikmatinya ternyata hasil kerjanya membuat hati ingin mengulanginya lagi dengan lebih baik lagi.
Lalu untuk anda....apa lagi..jemput tengok..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, February 19, 2009

Kuih Pau Pandan

Masih lagi dengan topik kuih pau. Kali ini pau pandan menjadi pilihan. Rasanya sangat sedap berserta bau wangi daun pandan yang semerbak.

Anda biasa nampak pau pandan? Rata-rata isinya pasti kaya. Kaya memang sedap tapi ianya sangat manis...tak sesuai bagi yang ingin menjaga diet..:-)


Kali ketiga membuatnya, tentu sekali mutu pau ini sendiri semakin halus dan bermutu. Semakin gebu teksturnya. Banyak penambahan yang telah di buat agar pau ini terus di minati.


Pilihan kacang merah bagai menepati rasanya. Usah tersenyum bila anda melihat pau pandan ini. Anda harus melakar sesuatu kelainan dalam mencuba pelbagai resipi.

Tapi yang pasti...sekali ini terasa sungguh puasnya hati. Selain ianya menjadi dengan elok. Ianya juga membuat anda takkan pernah cukup dengan sekali gigit..:-)



Lalu untuk anda...ku kongsi bersama gambar ini. Selamat menjamu mata..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, February 17, 2009

Pau Pelbagai Versi

(So bulat kuih pau ini)

Katakan apa sahaja tentang rasanya, mutunya..tetapi bagi yang membuatnya untuk pertama kali pastinya akan terukir senyuman. Sebabnya? Ianya cukup membulat, gebu dan halus teksturnya.

(Berinti kacang merah)
Mempunyai pelbagai cara dalam membuatnya, pelbagai inti yang di isi ke dalam kuih pau ini. Ikut selera yang mana satu di minati. Jika pau jenis baik, permukaan kulit pau itu sendiri akan mudah di kopek.

Tetapi untuk ini, ku isikan pau dengan isi daging dan serunding, inti kaya serta kacang merah. Dua kali dalam membuatnya, pertama kali ianya menjadi tetapi masih tidak puas hati...pagi keesokkan harinya di cuba lagi.....Allahamdulillah..kali ini bertambah baik...:-)

(Cantik kuih pau ini)

(Berinti Kaya Gula Melaka)

(Lihat permukaan pau daging serunding ini)


(Pau Daging Serunding)

Untuk yang menyukai kuih pau ini..mengapa tidak cuba membuatnya sendiri. Ianya lebih sedap, bersih dan di jamin halal!:-)
So untuk anda, kita kongsi gambar ini bersama. Selamat mencuci mata...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, February 16, 2009

Si Manis Keria

Kuih Keria....lagi satu kuih melayu pilihan. Tetapi kuih keria versi yang ku buat tiada berlubang tengah..:-) Namun segi rasa ianya tetap sama dengan kuih keria yang asal. Kuih keria versi yang ku buat menggunakan keledek merah. Luarannya di saluti pula dengan gula yang di mana telah di cairkan terlebih dahulu.

Kuih keria sejenis kuih melayu di mana ada yang mengatakan ianya sebagai donat melayu. Tapi donat melayu ini sudah kurang di gemari oleh anak muda masakini. Mereka lebih asyik dengan donat yang di hiasi dengan pelbagai corak warna serta manis-manisan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di luar sana.

Tetapi bagi penggemar kuih keria ini, pastinya tidak akan menolak. Bagaimana cara gula di salut ianya terserah pada individu. Ada yang lebih gemar menabur kuih ini dengan gula serbuk. Ada pula yang seringkali gagal bab menyalut gula ke kuih ini...:-)Apapun percubaan adalah pengalaman yang paling mahal...dan anda pasti tersenyum puas bila anda berhasil melakukannya dengan baik..:-)



"PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!"

Sunday, February 15, 2009

Pulut Kuning







Terimakasih pada para pelanggan Simply D'Lite!


Berkongsi gambar pulut kuning yang telah di tempah awal sebelum ini bagi majlis kelahiran. Hiasan serta kombinasi warna yang menarik membuat mata tak jemu memandang. Tak perlu di hias terlalu sangat kerana ianya akan merosakkan seri pulut kuning itu sendiri.
Memadai dengan sesuatu yang simple serta kombinasi antara tradisi dan modern. Pastinya pulut kuning menjadi sesuatu yang menarik..bukan sahaja dengan kreativiti hiasan malah keenakkan rasanya juga memainkan peranan yang utama.
Kerana itu pulut kuning itu istimewa...:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, February 13, 2009

Al Kisah Buah Melaka

"Banyak-banyak buah...
Buah apakah bila masak, dia timbul?"
Mata terkebil-kebil, terpinga-pinga di buatnya, fikiran berlegar mencari jawapannya. "Buah apa ekk..bila masak dia timbul?" tanya hatiku. "Alahhh...buah melakalah!!" seru kawan-kawan yang sebaya denganku.

Aku tersenyum-senyum di buatnya..walau jawapan telah di beri, namun masih juga tidak di ketahui buah melaka sejenis buah apa?Lamunanku membuyar seketika bila percikkan air panas terkena pada lenganku. Ouchh! Perit...

Tersenyum terkenangkan masa usia belasan tahun, buah melaka ini yang aku buat untuk pertama kali bagi minuman petang sekeluarga. Ternyata, ianya bukan buah..tetapi sejenis kuih yang bernama buah melaka atau ada yang lebih gemar memanggilnya ondeh-ondeh. Usah di tanya asal usul nama kuih ini...tetapi yang pasti kuih ini hampir lebih 20 tahun aku tidak membuatnya. Asyik beli sahaja di luar yang telah bermacam cara di pelbagaikan dengan warna serta rasa yang berbeza.



Kuih ini mudah membuatnya..berintikan gula melaka..bila ianya di buat comel..satu kali ngap masuk ke mulut..dan bila di gigit..gulanya akan memancut! Enak-enak sekali....cara bagaimana yang anda ingin lakukan...ianya terserah budi bicara anda. Tetapi yang jelas...anda tak pernah puas dengan sekali gigit! Mentelah lagi anda yang membuatnya..sedappp!:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™