CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....
Showing posts with label Masak Apa?. Show all posts
Showing posts with label Masak Apa?. Show all posts

Monday, July 19, 2010

.: Steamboat Barbeque Grill:.










Kongsi bersama anda yang meminati makanan jenis ini. Segalanya
mampu di nikmati di rumah bagi yang mempunyai segala kelengkapan. Selesa sekali
bila menikmatinya di rumah. Makan ketika hangat2 dengan bahan panggang
pilihan anda. Supnya pula...kami memilih sup tomato. Rasanya yang masam dan
sedikit pedas begitu menyelerakan!
Sambal yang pedas ini menambahkan lagi keenakkan makanan
ala panggang ini. Di bantu dengan haruman bau mentega bawang putih...aduh! anda
pasti terasa begitu sibuk bagi memastikan apa yg anda panggang betul2 dalam
keadaan yang garing dan masak!
Anda harus mencubanya!


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!

Thursday, June 10, 2010

.:Banana Pancake:.


Banana Pancake atau versi melayu Lempeng Pisang.
Tak kira apa yang di panggil, namun ianya tetap memikat selera keluarga sewaktu sarapan pagi.
Adunannya tak usah terlalu manis, lalu menyebabkan ianya sesuai di makan bersama mentega ataupun madu.
Pisang yang ranum sudah cukup memadai bagi rasa manis pancake jenis ini. Menambahkan kesegaran sarapan pada pagi hari...apakata anda sediakan secawan kopi 'O' panas. Pastinya menyegarkan hari anda!


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!

Thursday, March 11, 2010

.:Roti Gulungan Emas:.



Rangup! Sedap mengunyahnya tatkala hangat. Berintikan daging, gulungan roti yang di salut dengan serbuk roti memang enak. Sesuai di hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Anda tidak akan pernah cukup dengan satu gigitan! :-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, January 5, 2010

Ikan Patin Lemak Tempoyak

Ikan Patin masak lemak tempoyak memang memikat selera. Ikan Patin ini di masak lemak cili padi cara Negeri Sembilan. Begitu menyelerakan dengan rasa tempoyak. Pendek kata, jika makan tak bertambah...tak tahu nak kata apa..:-)

Rasa isi ikan ini begitu lemak, jika di masak dengan rasa agak pedas sikit ianya lebih 'kick'! Ringkas rasanya memasak lauk Negeri Sembilan ini. Apapun memang puas hati jika dapat memasaknya sendiri! :-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, December 28, 2009

Pan Grilled Salmon With Orange Sauce



Pan Grilled Salmon With Orange Sauce!
***********************************
Simply Healthy And Delicious!




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, December 8, 2009

Ayam Madu Lada Hitam


Namakan sahaja apa jenis masakan yang menggunakan Ayam, pastinya ia akan mendapat tempat yang begitu memikat selera. Sesekali menikmati ayam panggang begini memang cukup menyelerakan. Perap ayam ini untuk beberapa jam dengan menggunakan resipi pilihan anda. Pastinya ia menjadi. Bagi aku, bila masuk bab ayam ini sahaja, aku paling gemar panggang ayam lada hitam bermadu. Ianya amat sedap dan menepati selera keluargaku.
Apapun memang ayam juga menjadi pilihan hatiku!


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, November 12, 2009

Kuih Chang

Kuih Chang-

Sejenis makanan tradisi orang-orang tionghua terutama pada 'Chang Festival'.Aku amat menggemarinya. Dengan berbungkus daun buluh, di ikat rapi lalu di rebus selama 1 jam setengah.



Di sebalik bungkusan daun buluh itu, dalamnya merupakan inti pulut yang di buat pelbagai rasa. Tetapi yang ini, intinya merupakan ketulan daging dan sebiji buah berangan yang telah di kupas kulitnya.



Perhatikan, Kuih Chang ini boleh juga di buat dengan pelbagai rasa. Semasa membungkusnya anda perlu melakukannya dengan teliti, jika tidak pasti ianya akan terbuka. Dan lagi satu, saiznya yang agak besar,cukup mengenyangkan.



Jika di luar, anda perlu mendapatkan Kuih Chang yang halal. Tetapi jika anda punya keupayaan membuat, mengapa tidak melakukannya sendiri di rumah anda? Pasti sedap!! Cuba lah............:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, November 9, 2009

Enaknya Nasi Ayam

Sebut sahaja nasi ayam, terbayang-bayang gambaran nasi ayam yang di jual di gerai mahupun yang di buat sendiri di rumah.

Kelazatan nasi ayam jika di masak dengan betul, aduhai ianya tidak cukup dengan sekali tambah. Cara masing-masing memasaknya juga tidak sama. Walau di beri sehelai kertas dari resipi yang sama, tentu sekali ianya tetap berbeza segi rasanya. Sebabnya, air tangan seseorang tak sama.

Namakan sahaja memasak...semua orang mampu memasak, namun berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar punya kelebihan dalam memasak? Mungkin 40 orang yang boleh memasak, namun dalam 40 orang yang boleh memasak, hanya 10 orang yang benar-benar mampu memasak dengan baik. Anda setuju?

Tepuk dada tanya diri kita sendiri...:-)


Berbalik pada nasi ayam. Keluarga ku memilih nasi ayan hainanese. Setengahnya gemar pada ayam yang di goreng.Tidak mengapa, yang penting semua makan..:-) Namun aku amat berminat pada nasi ayam hainanese. Ayam yang di rebus, lalu di potong dan di siramkan dengan sos hitam. Cicahkan ayamnya dengan sambal halia. Aah...sedapnya begitu terasa. Hiriskan juga kepingan lobak merah. Usah lupa daun salad serta sedikit daun saderi.

Nasinya harus berbau harum. Ayamnya pula usah di rebus kosong semata. Sesuaikan dengan selera anda.




Potong kepingan ayam rebus ini dengan menggunakan pisau yg agak tajam. Agar kepingan ayam anda tidak hancur bila di potong.


Bila membuat sambalnya, macam-macam cara orang membuatnya. Tapi bagiku, rasa sambal yang di buat harus mempunyai rasa yg secukupnya. Bila rasanya cukup, anda tidak akan rasa muak dengan cicahan ayam rebus. Pastinya ia memikat selera.




Jangan lupa sos hitam ini bersama supnya. Sos hitam ini menambahkan rasa pada ayam itu. Gunakan bahan-bahan yang segar bila memasak nasi ayam ini. Anda pasti puas hati berbanding makan di luar. Kerana bila anda makan di rumah, anda sendiri yang masak...anda pasti lebih tahu untuk memasak yang terbaik buat keluarga anda. Ianya sungguh menyihatkan serta menjimatkan. Psst...yang penting..bila memasak harus dengan senyuman bukan rungutan.....Enjoy!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, November 1, 2009

Ku Kembali...

Salam Sejahtera.....
Sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Seolah-olah sudah berabuk di tinggalkan untuk beberapa waktu. Kamera pun sudah agak lama tidak berfungsi. Entah, tidak tahu ke mana hilangnya 'mood' untuk membuat semua ini. 'Mood' hilang terus sebaik sahaja Aidilfitri bermula. Terlalu banyak perkara yang berlaku sebaik sahaja Aidilfitri menjelang dan sehingga akhirnya. Namun itu semua dugaan dari-Nya. Yang penting segalanya dapat di atasi dengan baik atas izin-Nya jua. Allahamdulillah....

Dan kini berbalik pada menu hidangan yang kita nikmati saban hari, untuk hari ini keluarga ku menikmati Mee Sup Daging. Sedap sungguh makan makanan bersup begini, bertambah lagi dengan sambal kicap yg cukup menyengat! Dengan kerangupan sayur mayurnya...sungguh menyegarkan hidangan ini. Bila segalanya terhidang, lensa kamera mula main,kan peranannya. Klik!............

Tak lengkap rasanya bila menikmati makanan yang pedas tanpa pencuci mulutnya. Agar-agar betik!
Menarik....sesuai bagi yang gemar menikmati keenakkan buah betik. Rasakan manis dan sejuknya..pasti ianya tidak akan cukup sekeping buat anda.
Lakukan apa sahaja buat keluarga anda dengan seluruh jiwa raga, senyuman serta kasih sayang...pastinya airtangan anda menghasilkan ikatan kemesraan di meja makan...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Saturday, August 22, 2009

Rendang Itik


Rendang Itik,
Namakan sahaja itik, pastinya terbayang dek mata seekor binatang ternakkan yang jalannya terkedik-kedik...sehingga ada pepatah mengatakan,bagaikan itik pulang petang.:-)
Jika anda tidak biasa dengan rasa daging itik, apa kata anda mulakan merasanya dengan rendang itik. Daging itik yang di masak dengan segala rempah ratus, kerisik dan pelbagai lagi bahan..mampu mematikan rasa dan bau itik itu sendiri. Rendang itik perlu di masak dengan api yang perlahan. Memasaknya pun memakan masa yang lebih lama berbanding daging ayam.
Anda pasti menyukainya, jika anda memasak rendang itik ini dengan cara yang betul. Usah masak rendang itik, dengan cara asal boleh sahaja....pastikan segalanya cukup.Usah lupa akan pelbagai dedaun yang perlu di campurkan di dalam rendang jenis ini.
Dahulu, aku bukan penggemar daging itik. Tetapi semenjak aku 'ter'makan rendang itik yang di masak oleh pakcikku..,aku tak mampu menolaknya. Rasanya lebih sedap dari isi ayam. Sejak itu...apa sahaja yang di namakan itik..aku pasti menyukainya.
Dan aku sengaja memasaknya agak kering, agar ianya lebih tahan lama. Rendang, jika kena cara memasaknya...makin lama di simpan makin sedap rasanya.
Dan inilah hidangan waktu sahurku. makan kering-kering dengan nasi..memang power!Tak percaya? Anda harus cuba....:-)
Salam Ramadhan Buat Anda!


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, August 21, 2009

Ayam Masak Cili Api Rebung



Ayam Masak Cili Api Rebung
Pedas!Menyengat....namun yang pasti, nasi di dalam pinggan pasti bertambah! Sedap sungguh sesekali makan lauk jenis ini. Bertambah lagi dengan keharuman hirisan bunga kantan dan kerangupan rebungnya.
Pada penggemar rasa pedas..lauk jenis ini memang menjadi pilihan. Tak pedas kata mereka takde 'kick'....yea ke?Tentu sekali yang gemar akan lauk pauk jenis pedas mampu menjawab soalan itu...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, August 19, 2009

Ayam Goreng Bijirin


" Sejenis hidangan yang ringkas namun mampu memikat selera bagi yang meminatinya.
Kepingan ayam yang di salut dengan bijirin. Begitu lazat bila di nikmati ketika hangat.
Rasanya garing,rangup dan agak pedas...membuat anda tidak rasa jemu untuk menikmatinya lagi dan lagi.
Inilah hidangan Ayam Goreng Bijirin...:-) "


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™