CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....
Showing posts with label Compliment. Show all posts
Showing posts with label Compliment. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

Beginikah Rasanya?

Seringkali terlupa untuk mencatitnya di sini. Seringkali..bukan sekali dua tetapi berulangkali.


Sehingga ada di antaranya yang sms bertanya ,mengapa compliment yang di beri tidak di sertakan di sini? Kenapa dan mengapa....adakala di rasakan tidak perlu. Cukuplah sendiri mengetahui.., namun berbeza dengan pelanggan yang dihargai.



Dan untuk itu, kami menghargai segala maklum balas yang di beri. Yang mana kurang kami baiki, yang mana baik kami baiki dengan lebih baik lagi. Insya'Allah.




Ku tukil sedikit maklumbalas yang diberi tentang pulut kuning yang di tempah oleh pasangan Nurharyati dan Izhar Helmi. Maklum balas yang di beri oleh ayahanda mempelai.


"Boleh complaint sikit?"tanya ayahanda mempelai semasa menikmati pulut kuning ini.


"Boleh..."jawabku dengan degupan jantung yang berdebar.


"Pulutnya memang lembut dan rasa macam gini ke?"tanyanya lagi memandangku.


"Yea saya..memang begini.."jawabku perlahan.


Aku masih lagi dalam tahap ingin tahu. Kenapa ekk?Tak kena selera ke? Pulut rosak ke?Hatiku terus berkata-kata.


"Jika rasanya begini..memang sedap! Pulutnya lembut,terasa lemak dan wanginya. Rendangnya pun begitu. Bau dan rasanya sedap.Bagus!"Kata pakcik itu, sambil angguk-anggukkan kepalanya.


Bukan seorang dua tetapi ramai yang memberi maklumbalas yang sama.


Saat itu kuntuman senyuman lega mula memancar. Bukan mudah memikat selera orangramai.


Allahamdulillah..aku bersyukur. Thanks to pasangan mempelai ini di atas segala kepercayaan yang di beri. Dan thanks kerana memberi kesempatan Simply D'Lite meraikan hari berbahagia anda...:-)





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, November 10, 2008

Senyuman Kepuasan

Talifon rumah berdering berulangkali, mendengar sahaja suara empunya diri yg menempah pulut kuning untuk majlis kelahiran anak saudara sempena hari perkahwinan mereka, cukup membuat jantung kami berdebar.


Manakan tidak setiap tempahan yang di buat, Iza D'Lite memerlukan maklum balas atau feedback dari para pelanggan. Ianya begitu penting buat kami. Bagi memastikan mutu kerja kami benar-benar memuaskan para pelanggan.


Lalu, bila mulanya perbualan, soalan pertama yang di tanyakan ialah.."Ada masaalah dengan Pulut Kuning? Seperti basi ke?Ada apa-apa comment?"

"Tak basi...comment pun takde tapi Pulut tak cukup!Berebut-rebut orang makan, sehingga bahagian yang di simpankan buat anak dan menantu pun ada yang makan.."


Tertawa kecil di buatnya. Lucu pun ada, namun jauh di sudut hati senyum kepuasan lebih terserlah...:-)

Allahamdulillah ke hadrat-Nya, atas izin-Nya juga segala sesuatu yang di lakukan berhasil dengan baik. Kerana bagi Iza D'Lite, setiap tempahan yang kami terima ianya merupakan amanah semata-mata. Dan ianya harus berjalan dengan telus.


Terimakasih sekali lagi di atas maklum balas yang di beri oleh Hajah Maimunah dan juga di atas segala kepercayaan yang di beri..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, August 29, 2008

Hadiah Hari Lahir

"za.. kek nya lembut lah.. krim nya rasa macam aiskrim yg kat 7-11(Mr.Sofee) tu..sekejap dah tinggal 4 za.. budak2 balik sekolah nampak kat fridge dorang nak.. sib baik dah ambil gambar dulu.sedap budak2 cakap.. " - Mamadhora
Thank you, Mamadhora..for the compliment.






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, August 24, 2008

Thank You!

Simple sahaja hiasan kek ini, namun ianya sudah cukup mampu membuat si penerima cupcakes ini tersenyum.....:-)

"Sedap betul c/cakes dari Iza d'lite! Thanks, sis!" itu la kata-kata dari sms yang di terima sebaik sahaja talifon bimbit di hidupkan.

Teringat kata si pelanggan, "i lurve blue...can i've a blue c/cakes?".....senyum memanjang seketika saya tika itu. Kenapa? Sebab saya begitu bimbang untuk makan kek atau kuih apa sahaja yang berwarna biru...hehe..:-)

So memandangkan itu permintaan si pelanggan...saya berusaha memenuhinya keinginannya.Memandangkan bukannya payah untuk mencari warna tersebut.

Seronok melakukan sesuatu buat seseorang jika mereka senang hati dengan apa yang kami lakukan. Simple decor but taste good! Yang penting kami puas bila melihat si pelanggan happy dengan kerja kami!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™