CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Monday, November 10, 2008

Senyuman Kepuasan

Talifon rumah berdering berulangkali, mendengar sahaja suara empunya diri yg menempah pulut kuning untuk majlis kelahiran anak saudara sempena hari perkahwinan mereka, cukup membuat jantung kami berdebar.


Manakan tidak setiap tempahan yang di buat, Iza D'Lite memerlukan maklum balas atau feedback dari para pelanggan. Ianya begitu penting buat kami. Bagi memastikan mutu kerja kami benar-benar memuaskan para pelanggan.


Lalu, bila mulanya perbualan, soalan pertama yang di tanyakan ialah.."Ada masaalah dengan Pulut Kuning? Seperti basi ke?Ada apa-apa comment?"

"Tak basi...comment pun takde tapi Pulut tak cukup!Berebut-rebut orang makan, sehingga bahagian yang di simpankan buat anak dan menantu pun ada yang makan.."


Tertawa kecil di buatnya. Lucu pun ada, namun jauh di sudut hati senyum kepuasan lebih terserlah...:-)

Allahamdulillah ke hadrat-Nya, atas izin-Nya juga segala sesuatu yang di lakukan berhasil dengan baik. Kerana bagi Iza D'Lite, setiap tempahan yang kami terima ianya merupakan amanah semata-mata. Dan ianya harus berjalan dengan telus.


Terimakasih sekali lagi di atas maklum balas yang di beri oleh Hajah Maimunah dan juga di atas segala kepercayaan yang di beri..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

0 comments:

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™