CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Monday, November 3, 2008

Indahnya Tradisi Kita.

Salam Sejahtera bagi pengunjung Simply Iza D'Lite.
Semoga anda dalam dakapan kesejahteraan serta di payungi rahmat Allh SWT selalu..:-)
Hampir sebulan Iza D'Lite berehat dari segala tempahan sepanjang bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal.Kini Iza D'Lite beroperasi kembali bagi memenuhi tempahan yang telah di buat lebih awal seperti pulut kuning untuk majlis-majlis tertentu.

Al-maklumlah, sudah hampir musim cuti sekolah....ramai di antara orang kita yang meraikan hari berbahagia mereka. Bukan sahaja majlis perkahwinan yang bagai tumbuh melata bila musim cuti persekolahan, malah tidak kurang pula yang meraikan hari perkahwinan serta hari kelahiran dan pelbagai lagi.Dan untuk tempahan kelahiran yang di terima dan kebetulan juga di adakan pada hari perkahwinan empunya diri....Iza D'Lite dengan selamatnya telah menyiapkan pulut kuning setinggi dua tingkat.

Tempahan telah di buat seawal dua bulan sebelumnya. Dengan berintikan lapisan rendang daging serta di hiasi dengan dedaun segar parsley dan tomato,pulut kuning tidak lengkap rasanya jika tidak di sertai dengan telur..:-)
Ayuh lihatlah....pulut kuning..makanan tradisi orang melayu kita. Berseri indah warna kuning....kelihatan gah menyeri majlis.


Terimakasih tidak terhingga buat Puan Maznah dan suami yang telah memberi kepercayaan pada Iza D'Lite bagi menyerikan majlis anda.





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™