Semalam jam di dinding hampir menunjukkan 3.00 petang. Dan sehingga waktu itu aku masih belum makan tengahari apatah lagi memasak. Bab memasak ini, aku memang malas sungguh. Ulang alik ke dapur..buka tutup petisejuk berkali-kali, tetapi mood ingin memasak memang tiada langsung!
 Tiada mood memasak tetapi perut terasa sangat lapar. Lalu ku gagahkan diri  untuk tetap berada di dapur. Melihat di dalam petisejuk apa yang ada, aku keluarkan. Ada sambal udang kering pemberian saudaraku, ada baki sambal ikan bilis yang ku buat tempohari.
 Ku keluarkan isi ikan dan defrost. Potong-potong lalu ku celupkan dengan adunan tepung yang telah siap ku buat. Lalu goreng hingga agak garing dan kedua sambal tadi ku satukan dan tumis kembali. Kemudian ku masukkan isi ikan yang di goreng tadi.
Aah...buntu sebenarnya bila memikirkan nak makan apa untuk memenuhi selera sendiri. Tetapi dalam buntu begitu, aku capai apa yang ada dalam petisejuk. Ada daun ketumbar aku hiris halus dan taburkan ke dalam sambal tadi. Ada tomato cherry..aku campak sekali. Akhir sekali aku taburkan bawang goreng! Siap...!
Lalu apalagi...senduk nasi panas ke dalam pinggan bersama sambal ikan ini. Lalu suap ke mulut......wah...terkesima seketika....lauk begini punya ringkas pun ada taste la! Sedap rasanya..kombinasi dua sambal.......tak dapat rasa macam ini bila makan di luar. So, apalagi..dua pinggan nasi aku bedal habis! Sedap sesekali makan lauk kering-kering begini.










Dan jarang-jarang juga menjadi pilihan keluarga bagi menjamu selera. Oleh kerana jarang-jarang....,membuatnya pun rasanya belum pernah. Biasanya makan kuih ini dengan cara order dengan seseorang. Senang...apatah lagi jenis frozen..bila nak makan just kukus kembali. Mudah, bukan?:-)



Anda biasa nampak pau pandan? Rata-rata isinya pasti kaya. Kaya memang sedap tapi ianya sangat manis...tak sesuai bagi yang ingin menjaga diet..:-)

Tapi yang pasti...sekali ini terasa sungguh puasnya hati. Selain ianya menjadi dengan elok. Ianya juga membuat anda takkan pernah cukup dengan sekali gigit..:-)


















Terimakasih pada para pelanggan Simply D'Lite!



















