Tart Nenas Dahlia ~ Suatu lagi keindahan yang tersingkap di sebalik tart nenas ini. Iza D'Lite mempelbagaikan mengikut citarasa anda. Rasanya sama seperti kuih tart keluaran Iza D'Lite yang asli. Hanya ianya bertukar wajah dari berbentuk putaran roda menjadi kuntuman kelopak bunga dahlia.
Tetap indah di pandang mata bersesuaian pula dengan rasa. Kami bakar dengan suhu yang sederhana membuat kuih tart ini kelihatan cantik dengan warna aslinya yang tersendiri.

Apapun rupanya, kuih tart tetap menjadi pilihan di mana sahaja bila tiba hari raya. Ramai yang menyukai keaslian kuih tart ini.
Bagaimana dengan anda? Adakah mempunyai citarasa yang tinggi tentang kuih lagenda melayu ini?Tepuk dada tanya selera anda..:-)
Selamat Menjalani Ibadah Puasa..:-)
PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!
















