CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Tuesday, September 23, 2008

Baked Seafood Rice

Seafood Baked Rice - Masa adakala bagai mencemburui kita. Dengan keadaan sibuk di dapur..adakalanya buntu memikrkan iftar nanti nak makan apa. Waktu beriftar bagi kami di sini,bukanlah seperti pesta makanan. Itu tengok mahu...ini tengok mahu.
Adakalanya kami makan seadanya sahaja. Namun sebagai wanita yang masanya banyak menguasai dapur, diriku tidak pernah menganggap memasak itu satu tanggungjawab. Ianya ku anggap sebagai hobi. Memasak dengan santai, menimbulkan rasa keselesaan tatkala di dapur. Dan memandangkan mulai esok, Iza D'Lite sudah kembali sibuk membakar kek yang telah di tempah awal-awal lagi. Makanya banyak persediaan yang di buat bagi melengkapi keperluan sseharian.
Di sini Iza D'Lite membawa anda menukar menu yang agak mudah membuatnya. Boleh di frozen bila perlu dan di bakar bila hendak memakannya. Seafood Baked Rice, berisi isi ikan dan kepingan udang serta sayur campur. Anda boleh pelbagaikan nasi ini,lalu taburkan serbuk prapika, keju dan oregano. Bakar dalam ketuhar yang panas selama berberapa minit dan makan tatkala panas.Oops! usah lupa sos prego...letakkan di atas nasi ini dan anda boleh nikmatinya tanpa was-was.
Cuba anda perhatikan, sebahagian nasi ini bolehlah di masukkan ke dalam mangkok aliminium, tutup bersama kertasnya dan anda boleh mula frozenkannya..,bila anda terasa lapar,panaskan ketuhar lalu bakarlah untuk beberapa minit.
Mudah bukan?:-)
Ternyata kebijaksanaan kita merancang urusan di dapur akan membuat kita lebih tenang dan senang. Anda masih boleh kelihatan anggun walau tempat anda kebanyakkan masa di dapur.
Lalu rancang apa yang ingin anda lakukan, agar ianya memudahkan diri anda.
Lalu tiada alasan bagi kaum wanita untuk tidak ke dapur hanya semata-mata terlalu penat ataupun kurang minat..:-)


Selamat Menjalani Ibadah Puasa..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™