CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, September 26, 2008

Bingkisan Lebaran

Salammu'alaik Bagi Pengunjung Simply Iza D'Lite

Ramadhan sudah hampir untuk melabuhkan tirainya. Dan Syawal pula seakan mengintip di balik tirai jendela. Masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita dengan Ramadhan kali ini. Tahun hadapan entah dapatkah lagi kita menyambutnya?Wallahhua'lam.

Hanya Allah SWT yang mengetahui segala rahsianya.

Dan di kesempatan ini, saya empunya blog Simply Iza D'Lite ini..menyusun sepuluh jari bagi memohon ampun dan maaf bagi setiap kekhilafan yang berlaku sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Bagi kata-kata yang mengguris hati, bagi tingkah yang tidak terjaga, bagi penyumbang resipi yang berkongsi resipi di mana sahaja, di mana resipinya di olah, ubahsuaikan mengikut selera sendiri..mohon di maafi dzahir dan bathin.

Sesungguhnya di dalam hidup ini..kekhilafan seperti ini sering terjadi. Pada semua pelanggan Iza D'Lite..terimakasih atas kepercayaan serta sokongan anda.

Terimakasih kerana memilih manisan Iza D'Lite dalam menyerikan AidilFitri anda.

Akhir kata,bimbang tak berkesempatan di dalam kesibukkan yang melanda diri, buat anda...yea diri anda..:-)

Salam Lebaran. Mohon Maaf Dzahir Dan Bathin Dari Simply Iza D'Lite!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™