CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Monday, September 22, 2008

Blackpepper Seafood Pasta

Blackpepper Seafood Pasta
Hidangan yang begitu dikenali di sebuah restoran yang begitu terkenal bernama Swensen's. Setiap kali berkunjung ke restoran itu, setiap itu juga hidangan ini menjadi pilihan. Anda tidak akan pernah rasa cukup hanya dengan sepinggan pasta ini.
Lalu, tunggu dulu...
Untuk menikmati sepinggan lagi pasta jenis ini, anda perlu membayar belasan dollar lagi. Tentunya begitu mahal sekali,kan?Jika anda makan secara sendirian, mungkin ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda menambah dan membayar bagi sepinggan pasta lagi. Tetapi bagaimana jika anda mempunyai keluarga yang ramai?
Ini pastinya membuat anda berpikir dua kali sebelum anda melangkah ke restoran itu. Begitu juga dengan kami di sini. Walau makan secara sendirian, namun jika sudah berulangkali ke sana hanya sekadar ingin menikmati pasta ini, why not cuba lakukan sendiri di rumah di dapur sendiri?Walau belanja membuatnya agak mahal,namun anda akan rasa puas, kerana anda berjaya menikmatinya di rumah anda sendiri dengan lebih santai.
Pasta ini berisi udang,isi ikan, kepah yang segar, cendawan berserta hirisan lada,daun ketumbar dan juga taburan keju parmesan. Ianya enak di makan ketika hangat.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™