CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Wednesday, August 20, 2008

Selamat Datang ke Iza D'Lite

Assalammu'alaikkum

Selamat datang ke Iza D'Lite! Dengan rasa sukacitanya, ingin saya merasmikan Iza D'Lite Blogspot ini. Khusus bagi anda yang gemar tentang apa sahaja terutama permakanan..:-)

Di sini, Iza D'Lite mengumpulkan segala keberhasilan dalam bidang masakan. Wanita dan dunia masakan bagai tidak boleh di pisahkan. Bagaikan irama dengan lagu..jika di pisahkan pincanglah jadinya.

Iza D'Lite mengamalkan konsep yang sederhana dalam apa jua. Melahirkan kerja seni tangan yang sederhana. Minat pada seni menghias, cinta pada sesuatu yang kelihatan cantik, mendorong Iza D'Lite menyerikan majlis-majlis kecil milik anda.


Atas dorongan kaum keluarga,saudara mara dan rakan-rakan yang pernah menjamu selera hidangan Iza D'Lite...ianya menyemarakkan lagi semangat Iza D'Lite dalam bidang masakan dan membuat kek dan sebagainya.

Setiap hari yang di lalui itu adalah hari-hari yang membuat saya mempelajari sesuatu yang baru. Tiada istilah pandai dalam kamus hidup saya.

Namun usaha demi usaha harus sering mengiringi perjalanan kehidupan yang di lalui.

Lalu untuk anda...Selamat Datang, Selamat Menjamu Mata..:-)

Jika ada sebarang pertanyaan jangan rasa segan hubungi saya di e_mail yang telah saya sertakan di profile. Atau tinggalkan sahaja komen-komen membina anda di sini.


Sekian terimakasih.


Wassalam.

Iza D'Lite





0 comments:

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™