CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Monday, November 10, 2008

Senyuman Kepuasan

Talifon rumah berdering berulangkali, mendengar sahaja suara empunya diri yg menempah pulut kuning untuk majlis kelahiran anak saudara sempena hari perkahwinan mereka, cukup membuat jantung kami berdebar.


Manakan tidak setiap tempahan yang di buat, Iza D'Lite memerlukan maklum balas atau feedback dari para pelanggan. Ianya begitu penting buat kami. Bagi memastikan mutu kerja kami benar-benar memuaskan para pelanggan.


Lalu, bila mulanya perbualan, soalan pertama yang di tanyakan ialah.."Ada masaalah dengan Pulut Kuning? Seperti basi ke?Ada apa-apa comment?"

"Tak basi...comment pun takde tapi Pulut tak cukup!Berebut-rebut orang makan, sehingga bahagian yang di simpankan buat anak dan menantu pun ada yang makan.."


Tertawa kecil di buatnya. Lucu pun ada, namun jauh di sudut hati senyum kepuasan lebih terserlah...:-)

Allahamdulillah ke hadrat-Nya, atas izin-Nya juga segala sesuatu yang di lakukan berhasil dengan baik. Kerana bagi Iza D'Lite, setiap tempahan yang kami terima ianya merupakan amanah semata-mata. Dan ianya harus berjalan dengan telus.


Terimakasih sekali lagi di atas maklum balas yang di beri oleh Hajah Maimunah dan juga di atas segala kepercayaan yang di beri..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, November 9, 2008

Pelbagai Versi


~Pulut Kuning ~


Allahamdulillah, memandangkan masa kini ramai yang gemar meraikan hari -hari bahagia mereka dengan makanan tradisi orang melayu kita iaitu Pulut Kuning.

Iza D'Lite mengambil kesempatan ini bagi memberi pelbagai kemudahan bagi anda yang ingin menikmatinya tanpa perlu banyak kerja..:-)

Kami menyediakan pulut kuning dalam pelbagai versi, begitu juga dari di hias indah bagaikan sebuah kek, kami permudahkan anda untuk membahagikannya pada saudara mara, sahabat handai dan taulan melalui meletakkannya dalam sebuah mangkuk kertas yang kecil mahupun dalam mangkuk plastik.


Kami bawa ini khusus bagi anda yang sememangnya prihatin pada sesuatu yang ringkas, dalam satu masa mementingkan rasa mutu yang tinggi pada sesuatu makanan.


Sebagai contoh seperti gambar yang kami sertakan..ianya merupakan pulut kuning yang berinti rendang (inti boleh di pelbagaikan)dan kami tempatkannya dalam mangkuk kertas yang comel. Saiz mangkuk kertas ini bergantung pada pilihan anda, kerana kami menyediakan dalam size large,medium dan small


Dan tentu sekali dengan harga yang berbeza. Dan hiasannya pula kami taburkan pula serunding dan bawang goreng yang seperti anda lihat di dalam gambar sebagai contoh.Namun, setiap waktu..hiasan pulut kuning tentu sekali berbeza.






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, November 3, 2008

Indahnya Tradisi Kita.

Salam Sejahtera bagi pengunjung Simply Iza D'Lite.
Semoga anda dalam dakapan kesejahteraan serta di payungi rahmat Allh SWT selalu..:-)
Hampir sebulan Iza D'Lite berehat dari segala tempahan sepanjang bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal.Kini Iza D'Lite beroperasi kembali bagi memenuhi tempahan yang telah di buat lebih awal seperti pulut kuning untuk majlis-majlis tertentu.

Al-maklumlah, sudah hampir musim cuti sekolah....ramai di antara orang kita yang meraikan hari berbahagia mereka. Bukan sahaja majlis perkahwinan yang bagai tumbuh melata bila musim cuti persekolahan, malah tidak kurang pula yang meraikan hari perkahwinan serta hari kelahiran dan pelbagai lagi.Dan untuk tempahan kelahiran yang di terima dan kebetulan juga di adakan pada hari perkahwinan empunya diri....Iza D'Lite dengan selamatnya telah menyiapkan pulut kuning setinggi dua tingkat.

Tempahan telah di buat seawal dua bulan sebelumnya. Dengan berintikan lapisan rendang daging serta di hiasi dengan dedaun segar parsley dan tomato,pulut kuning tidak lengkap rasanya jika tidak di sertai dengan telur..:-)
Ayuh lihatlah....pulut kuning..makanan tradisi orang melayu kita. Berseri indah warna kuning....kelihatan gah menyeri majlis.


Terimakasih tidak terhingga buat Puan Maznah dan suami yang telah memberi kepercayaan pada Iza D'Lite bagi menyerikan majlis anda.





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™