CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, December 5, 2008

Tart Nenas Berkeju

Tart Nenas Berkeju
~~~~~~~~~~~~~~~



Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang tiba. Mungkin sambutannya tidak sehebat Aidil Fitri, namun bagi kami di sini ianya memberi seribu erti dalam ertikata pengorbanan.
Dan untuk itu tidak sah rasanya jika kita tidak berkorban sedikit masa untuk berada di dapur bagi menyediakan sesuatu bagi meraikan hari yang mulia..:-)


Usah anggap sepi datangnya hari yang mulia ini. Selain sibuk melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan, kaum ibu khususnya pasti akan sibuk menyiapkan juadah bagi ahli keluarga yang bakal datang berkunjung. Dan untuk itu Iza D'lite turut tidak ketinggalan...:-)

Tart Nenas Berkeju menjadi pilihan untuk hidangan keluarga. Ukuran saiz tart keju ini lebih besar dari yang biasa. Dengan rasa kekeju, tart ini begitu istimewa dari segi mutu rasanya. Ia membawa kelainan bagi yang menyukainya.

Keharumannya cukup memikat selera. Ianya membuat anda tidak sabar untuk menikmatinya. Sebaik-baik menikmatinya adalah simpan untuk beberapa hari. Kerana tart jenis ini akan menjadi lembut bila lama di simpan. Ia juga sesuai di simpan di dalam petisejuk.
Anda boleh menikmati tart keju ini sama ada di letak dalam bekas suhu udara di luar mahupun di dalam peti sejuk anda...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

0 comments:

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™