CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Sunday, December 14, 2008

Dua Tema Satu Tradisi

Pulut Kuning Bunga Cinta
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berlainan dari tradisi pulut kuning yang selalu kita lihat. Kerana ianya penuh dangan rasa cinta bunga-bungaan.
Walau begitu ia kelihatan cantik..bersesuaian dengan jiwa kewanitaan.


Lalu terserlah dua tema yang di gabungkan menjadi satu. Tidak mustahil bila perlu mencuba sesuatu...lalu beginilah hasilnya...:-)


Allahamdulillah....kalimah apakah yang mampu mengungkap segala rasa hati..selain dari rasa syukur terhadap-Nya. Allahamdulillah..Amin..Amin..Amin Ya Allah.Rezeki yang di beri bagai mencurah silih berganti.
Amanah yang di galas di bahu bukan sedikit. Kepercayaan yang di beri begitu sangat di hargai.Bila aku mulai menulisnya mahupun berkongsi gambar...ini bukan kerana nama. Aku tidak perlu di kenali..memang aku begitu...aku gemar berurusan di belakang tabir. Tapi bila hasil kerja mula di hargai....aku hanya tersenyum puas. Jauh rasa bangga.
Aku gemar pada sesuatu yang cantik..aku gemar menghias...tapi aku suka melakukan sesuatu dengan kesederhanaan.Dari itu ku kongsi bersama anda, tempahan 2 tier pulut kuning untuk majlis perkahwinan pelangganku yang ku buat untuk hujung minggu ini. Tapi..oops! tak dapatku cucukkan tiangnya..maklumlah pelanggan tu sendiri akan melakukannya di tempat mereka. Allahamdulillah, mudah berurusan dengan mereka.
Thanks Norazia...atas kepercayaan yang di beri..:-)
Tarikh: 14hb Disember 2008


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, December 8, 2008

Lambaian Idul Adha 1429H

Briyani Dam bersama Paceri Nenas India


Salam Idul Adha....Hari ini 08hb Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijah 1429H, merupakan hari yang mulia hari kebesaran umat islam. Hari ini hari yang indah bersama turunnya rahmat dari-Nya, titisan hujan yang terus membasahi bumi seharian tanpa henti. Allahamdulillah....teramat dingin hari ini.Hari ini tidak banyak yang di lakukan...hanya menyambut ahli keluarga ku yang datang berkunjung, kami menjamu selera bersama lalu kami terus menuju ke rumah bonda...:-)


Dalcha...



Menyentuh tentang jamu selera...aisey...dari malam raya lagi..kami sekeluarga sudah di asak dengan nasi..:-) Allahamdulillah rezeki juga namanya....Nasi Rawon....my faberet food, kakak ku hidangkan pada malam raya...satu set..siap dengan lauk-lauk yang lain. Really marbeles.......oleh kerana hari da malam...so aku kurangkan makan nasi...:-) Jika lunch time...confirm makan bertambah punya...:-)Dan pagi tadi..pagi raya..aku hidangkan buat mereka Nasi Briyani Dam, Paceri Nenas India dan lauk Dalcha!

Seronok makan berdamai camnie...

Tapi yang paling best..kami makan dalam pinggan yang besar..sesuai di makan untuk empat orang! Seronok tengok ramai-ramai makan camnie...berebut-rebut..merungut-rungut pun ada...:-) Tapi yang pasti ianya LICINNNNN..:D Bila selesai makan sahaja......kami jamu selera dengan segala manisan kek dan kuih..masing-masing da macam ular...duk menyandar kerana kekenyangan..:D

Tak lama lepas itu...aku ta pow kan nasi briyani untuk my bonda. Bawa sedikit manisan. Bila da siap...sesi bergambar pun bermula.....posing sakan dengan anak saudaraku!


Sampai rumah bonda.....kami menjamu selera pula dengan nasi minyak! Nasi lagik..hehe...memang pendek kata, hari ini kita makan nasi aje...sesuai betul dengan hari hujan di luar sana. Kena pula dengan secawan kopi panas....fuh!...sib baik da takde mak mertua...jika tak...confirm jalan sebelah pun kita tak nampak...hik hik hik!Lepas asar sahaja..kita semua beredar pulang dari rumah bonda. Thanks to my sista n bonda for the great quality and delicious food. Insya 'Allah...jika masak lagi jemputlah kami lagi...:D




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, December 5, 2008

Tart Nenas Berkeju

Tart Nenas Berkeju
~~~~~~~~~~~~~~~



Hari Raya Aidil Adha bakal menjelang tiba. Mungkin sambutannya tidak sehebat Aidil Fitri, namun bagi kami di sini ianya memberi seribu erti dalam ertikata pengorbanan.
Dan untuk itu tidak sah rasanya jika kita tidak berkorban sedikit masa untuk berada di dapur bagi menyediakan sesuatu bagi meraikan hari yang mulia..:-)


Usah anggap sepi datangnya hari yang mulia ini. Selain sibuk melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan, kaum ibu khususnya pasti akan sibuk menyiapkan juadah bagi ahli keluarga yang bakal datang berkunjung. Dan untuk itu Iza D'lite turut tidak ketinggalan...:-)

Tart Nenas Berkeju menjadi pilihan untuk hidangan keluarga. Ukuran saiz tart keju ini lebih besar dari yang biasa. Dengan rasa kekeju, tart ini begitu istimewa dari segi mutu rasanya. Ia membawa kelainan bagi yang menyukainya.

Keharumannya cukup memikat selera. Ianya membuat anda tidak sabar untuk menikmatinya. Sebaik-baik menikmatinya adalah simpan untuk beberapa hari. Kerana tart jenis ini akan menjadi lembut bila lama di simpan. Ia juga sesuai di simpan di dalam petisejuk.
Anda boleh menikmati tart keju ini sama ada di letak dalam bekas suhu udara di luar mahupun di dalam peti sejuk anda...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™