(Ada yang mengatakan aku seorang yang cerewet...barangkali benar..kerana aku seorang yang mementingkan ketelitian)
Aku bukanlah seorang yang bijak pandai dari segi soal di dapur. Aku juga bukanlah seorang yang perlu di kenali untuk jadi terkenal....sebagai ikut-ikutan. Tetapi aku adalah aku, yang membuat sesuatu mengikut caraku sendiri. Mengikut keselesaan serta keperluan yang aku inginkan.


Begitu juga dengan sumber rezeki. Aku seorang yang berpegang kuat pada keyakinan rezeki itu di tangan-Nya.
Ianya bukan di tangan sesama kita. Lalu, aku tidak perlu terkejar-kejar atau orang kata potong jalan orang lain.
Kerana, di sini....aku sangat mengutamakan kualiti dari kuantiti. Dan sehingga kini, aku bersyukur sangat dengan segala yang ada. Setiap janji yang di amanahkan di bahuku..terlaksana dengan baik.
Kerana itu aku seorang yang sangat menjaga janji. Pelanggan dan bisnes sama kepentingannya. Ianya memerlukan displin yang tinggi dalam diri. Dari situ, pelanggan menilai kita.

Dan untuk anda yang mengirim e_mail pada Simply D'Lite...pesanku, dalam urusan jual beli ini kita perlu telus, amanah. Jaga kualiti produk kita. Jika ingin bersaing, bersainglah dengan cara sihat. Jaga hubungan dan janji kita sesama manusia. Insya'Allah...rezeki yang kita perolehi pasti di berkahi.
Aku harap dengan tercatitnya pernyataan ini..segala e_mail yang ku terima sudah terjawab.

That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!