CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Tuesday, June 30, 2009

Bersikap telus...

Allahamdulillah...
bersyukur aku kepada Allah SWT kerana di beri keafiatan hingga ke saat ini. Di beri kekuatan serta ketabahan hati dalam mencari rezeki. Bersyukur aku kerana di beri ilmu yang bermanfaat serta mendapatkan rezeki yang halal.

(Ada yang mengatakan aku seorang yang cerewet...barangkali benar..kerana aku seorang yang mementingkan ketelitian)

Aku bukanlah seorang yang bijak pandai dari segi soal di dapur. Aku juga bukanlah seorang yang perlu di kenali untuk jadi terkenal....sebagai ikut-ikutan. Tetapi aku adalah aku, yang membuat sesuatu mengikut caraku sendiri. Mengikut keselesaan serta keperluan yang aku inginkan.


(Apa orang buat...aku 'mesti' nak buat...itu memang bukan cara aku..)
Kerana itu, aku suka berada di belakang tabir. Aku sangat mengambil berat akan ketelitian. Sangat kurang aku bersuara atau mengeluarkan sembarang komen. Tetapi bila aku mengeluarkan kenyataan...itu adalah sesuatu yang telus. I'm not a parrot. Apa orang lain komen, puji atau sebaliknya..aku akan turut sama. Aku harus menjelaskan perkara ini, bila aku di hujani e_mail yang sering salah anggap tentang kurang aktifnya aku di mana-mana blog.

( Bersikap teluslah dalam menjaga hubungan kita sesama manusia..)

Begitu juga dengan sumber rezeki. Aku seorang yang berpegang kuat pada keyakinan rezeki itu di tangan-Nya.
Ianya bukan di tangan sesama kita. Lalu, aku tidak perlu terkejar-kejar atau orang kata potong jalan orang lain.
Kerana, di sini....aku sangat mengutamakan kualiti dari kuantiti. Dan sehingga kini, aku bersyukur sangat dengan segala yang ada. Setiap janji yang di amanahkan di bahuku..terlaksana dengan baik.

Kerana itu aku seorang yang sangat menjaga janji. Pelanggan dan bisnes sama kepentingannya. Ianya memerlukan displin yang tinggi dalam diri. Dari situ, pelanggan menilai kita.


(Kerana setiap apa yang kita janji dan perolehi akan di tanya di belakang hari..)

Dan untuk anda yang mengirim e_mail pada Simply D'Lite...pesanku, dalam urusan jual beli ini kita perlu telus, amanah. Jaga kualiti produk kita. Jika ingin bersaing, bersainglah dengan cara sihat. Jaga hubungan dan janji kita sesama manusia. Insya'Allah...rezeki yang kita perolehi pasti di berkahi.
Aku harap dengan tercatitnya pernyataan ini..segala e_mail yang ku terima sudah terjawab.




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Pulut Kuning Gift Set




Pulut Kuning yang di isikan dalam gelas yang comel lalu di hias seperti yang anda lihat di dalam gambar ini. Cukup menarik sekali. Untuk di buat hadiah sebagai hantaran hati bagi si mempelai.
Sesuai juga untuk di hadiahkan bagi pelbagai hari istimewa yang lain.
Rasa terimakasih kami tertuju kepada Puan Halijah Sekeluarga kerana memberi kepercayaan serta memilih Simply D'Lite bagi meraikan hari-hari yang istimewa.:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Swirl D'Lite Gift Set




Chocolate Swirl D'Lite Cupcakes
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh: 27hb Jun 2009
Menerima tempahan ini bagi memenuhi permintaan si mempelai untuk di buat sebagai hantaran di majlis pernikahan.
Terimakasih kepada pasangan mempelai Syamsul @ Nurmayah di atas segala kepercayaan yang di beri kepada Simply D'Lite.
Terimakasih jua kerana memilih Simply D'Lite!


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, June 12, 2009

Pizza Rendang!


Bukan pertama kali membuatnya, malah sudah berulangkali. Namun setiap kali membuat kulit pizza ini, pastinya akan di cuba dalam pelbagai cara.


Ada yang membuat kulit pizza jenis roti. Ada pula macam ala donat, ada pula yang gemar pada kulit pizza yang crust and thin. Berbagai lagi..mengikut selera sendiri.


Toppingnya pula ada pelbagai cara boleh di sesuaikan.


Dan untuk keluargaku yang memang mempunyai selera bercirikan kemelayuan, pastinya topping yang agak pedas dan berempah menjadi pilihan. Tanpa memerlukan keju yang terlampau banyak..ianya sudah cukup menggamit selera.


Lalu untuk kali ini..Pizza Rendang menjadi pilihan kami. Jemput makan, yuk!:-)






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, June 10, 2009

Putih Itu Suci


White Lovely CupCakes
*********************
Date: 09hb Jun 2009


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, June 3, 2009

Roti Bawang Oregano


Roti Bawang Oregano
Menikmati sekeping roti yang segar memang cukup enak. Bertambah pula dengan secawan teh 'O' pandan, sudah cukup membuat petang anda begitu santai. Rasanya yang segar dan lembut, bertambah lagi dengan keharuman aroma oregano..anda pasti tidak akan cukup dengan sekeping roti yang enak ini...:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, June 1, 2009

Ceriakan Hari Anda!









Tempahan Di Buat Oleh Nur Shahira & Ramadhan Bagi Meraikan Hari Berbahagia Majlis Persandingan Mereka.






Tarikh: 31hb Mei 2009,



Bersamaan 06 Jamadilakhir 1430H


Bertempat:



Di Dewan Serbaguna Blk 324, Tah Ching Road.
*****************************************

Terimakasih Kerana Memberi Kepercayaan Serta Memilih Simply D'Lite!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™