CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Tuesday, June 30, 2009

Bersikap telus...

Allahamdulillah...
bersyukur aku kepada Allah SWT kerana di beri keafiatan hingga ke saat ini. Di beri kekuatan serta ketabahan hati dalam mencari rezeki. Bersyukur aku kerana di beri ilmu yang bermanfaat serta mendapatkan rezeki yang halal.

(Ada yang mengatakan aku seorang yang cerewet...barangkali benar..kerana aku seorang yang mementingkan ketelitian)

Aku bukanlah seorang yang bijak pandai dari segi soal di dapur. Aku juga bukanlah seorang yang perlu di kenali untuk jadi terkenal....sebagai ikut-ikutan. Tetapi aku adalah aku, yang membuat sesuatu mengikut caraku sendiri. Mengikut keselesaan serta keperluan yang aku inginkan.


(Apa orang buat...aku 'mesti' nak buat...itu memang bukan cara aku..)
Kerana itu, aku suka berada di belakang tabir. Aku sangat mengambil berat akan ketelitian. Sangat kurang aku bersuara atau mengeluarkan sembarang komen. Tetapi bila aku mengeluarkan kenyataan...itu adalah sesuatu yang telus. I'm not a parrot. Apa orang lain komen, puji atau sebaliknya..aku akan turut sama. Aku harus menjelaskan perkara ini, bila aku di hujani e_mail yang sering salah anggap tentang kurang aktifnya aku di mana-mana blog.

( Bersikap teluslah dalam menjaga hubungan kita sesama manusia..)

Begitu juga dengan sumber rezeki. Aku seorang yang berpegang kuat pada keyakinan rezeki itu di tangan-Nya.
Ianya bukan di tangan sesama kita. Lalu, aku tidak perlu terkejar-kejar atau orang kata potong jalan orang lain.
Kerana, di sini....aku sangat mengutamakan kualiti dari kuantiti. Dan sehingga kini, aku bersyukur sangat dengan segala yang ada. Setiap janji yang di amanahkan di bahuku..terlaksana dengan baik.

Kerana itu aku seorang yang sangat menjaga janji. Pelanggan dan bisnes sama kepentingannya. Ianya memerlukan displin yang tinggi dalam diri. Dari situ, pelanggan menilai kita.


(Kerana setiap apa yang kita janji dan perolehi akan di tanya di belakang hari..)

Dan untuk anda yang mengirim e_mail pada Simply D'Lite...pesanku, dalam urusan jual beli ini kita perlu telus, amanah. Jaga kualiti produk kita. Jika ingin bersaing, bersainglah dengan cara sihat. Jaga hubungan dan janji kita sesama manusia. Insya'Allah...rezeki yang kita perolehi pasti di berkahi.
Aku harap dengan tercatitnya pernyataan ini..segala e_mail yang ku terima sudah terjawab.




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

0 comments:

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™