CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Wednesday, August 20, 2008

Ayuh! Buat Roti...

Membuat roti...adakah ianya semudah seperti anda memakannya? Bagi saya mengunyah roti itu rasanya lebih mudah dari membuatnya....:-) Bagaimana dengan anda?
Pengalaman membuat roti banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih sabar! Kegagalan membuatnya juga banyak menberi saya suatu pelajaran baru.
Bukan mudah sebenarnya hendak terima suatu kegagalan..namun untuk terus berjaya kita tidak boleh berputus asa..:-)

Caterpillar Bun - Roti Ulat Bulu dalam versi melayu (err..betul ke?)
Mungkin kerana bentuknya ia di namakan sedemikian rupa..:-)


Menarik bentuknya jika kita lakukan dengan lebih teliti menggunakan kreativiti yang ada.

Cuba pratikkan buat roti di rumah anda sendiri. Ternyata ianya jauh lebih sedap dan bersih!
Ayuh! marilah kita buat roti...:-)






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!

Hebatnya Brownies!

Sebut sahaja "Brownies" ianya bagai terbayang di mata dan terasa di hujung lidah..:-)
Tidak kira apa jenis brownies, ianya tetap menjadi pilihan utama bagi penggemar rasa coklat.
Pelbagai corak di hias. Pelbagai resipi di cuba. Namun brownies tetap brownies.
Siapa yang tidak gemar pada coklat? Aarghh..mungkin hanya saya yang kurang gemar akan rasa coklat...:-)


Namun dalam apa jua...terutama di musim-musim perayaan..brownies juga yang di cari. Tak kira bagaimana anda menikmatinya, namun ianya tetap menjilat jari..:-)

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoy!

Selamat Datang ke Iza D'Lite

Assalammu'alaikkum

Selamat datang ke Iza D'Lite! Dengan rasa sukacitanya, ingin saya merasmikan Iza D'Lite Blogspot ini. Khusus bagi anda yang gemar tentang apa sahaja terutama permakanan..:-)

Di sini, Iza D'Lite mengumpulkan segala keberhasilan dalam bidang masakan. Wanita dan dunia masakan bagai tidak boleh di pisahkan. Bagaikan irama dengan lagu..jika di pisahkan pincanglah jadinya.

Iza D'Lite mengamalkan konsep yang sederhana dalam apa jua. Melahirkan kerja seni tangan yang sederhana. Minat pada seni menghias, cinta pada sesuatu yang kelihatan cantik, mendorong Iza D'Lite menyerikan majlis-majlis kecil milik anda.


Atas dorongan kaum keluarga,saudara mara dan rakan-rakan yang pernah menjamu selera hidangan Iza D'Lite...ianya menyemarakkan lagi semangat Iza D'Lite dalam bidang masakan dan membuat kek dan sebagainya.

Setiap hari yang di lalui itu adalah hari-hari yang membuat saya mempelajari sesuatu yang baru. Tiada istilah pandai dalam kamus hidup saya.

Namun usaha demi usaha harus sering mengiringi perjalanan kehidupan yang di lalui.

Lalu untuk anda...Selamat Datang, Selamat Menjamu Mata..:-)

Jika ada sebarang pertanyaan jangan rasa segan hubungi saya di e_mail yang telah saya sertakan di profile. Atau tinggalkan sahaja komen-komen membina anda di sini.


Sekian terimakasih.


Wassalam.

Iza D'Lite





 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™