Talam Berlauk
~~~~~~~~~~~~~
Hujung minggu baru berlalu, seperti biasa pastinya ada hidangan-hidangan tertentu yang di lakukan bagi mengisi perut sang keluarga.
Memang seronok sekali jika dapat bersama keluarga menikmati hidangan yang di sediakan. Dan untuk itu, kali ini kuih melayu menjadi pilihanku. Kuih talam berlauk, memang menjadi pilihan selera kami sekeluarga.
Rasanya yang lemak, pedas sedikit, dan rempah ratus yang wangi membuatkan kuih ini begitu menyelerakan. Ianya bukan sahaja indah di pandang..malah ianya begitu lazat untuk anda nikmati. Cubalah sesekali hidangkan minum petang buat ahli keluarga anda yang tercinta.
Sedappp...bagi selera kami sekeluarga!:-)
PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!


Berkongsi gambar kek buah itali yang sempat di buat...:-) Sukar untuk mendapatkan jenis kek buah versi bakar yang bersesuaian dari segi rasa.






Berbalik pada pulut kuning ini, ianya merupakan hajat seseorang sempena tahun baru ini. Berlapiskan rendang, pulut kuning ini di hiasi sebaik mungkin agar ianya nampak begitu menyerlah. Kombinasi warna juga memainkan peranan bagi memancing selera.
Semoga apa juga yang di hajati bakal di makbuli oleh-Nya.
Selain itu ada juga yang gemar memakan pulut kuning berserta dengan daging kari. Selera pelanggan pelbagai tapi yang pasti, pulut kuning memang lazat untuk di nikmati dengan apa sahaja yang bersesuaian dengannya.
Ringkas sahaja bila pulut kuning ini di letak ke dalam bekas kecil seperti ini. Mudah di bawa ke mana sahaja.













