CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Saturday, January 3, 2009

Italian Best FruitCakes

Berkongsi gambar kek buah itali yang sempat di buat...:-) Sukar untuk mendapatkan jenis kek buah versi bakar yang bersesuaian dari segi rasa.

Memang bukan semudah menikmatinya berbanding bila kita harus membuatnya sendiri. Kek buah memang begitu terkenal dengan rasa gula yang agak tinggi. Buah-buahan campuran yang boleh di dapati di dalam kotak di mana-mana kedai serbaneka.

Tetapi istimewanya kek jenis ini, ianya menggunakan buah-buahan kering yang segar seperti nenas, aprikot, limau, ceri dan juga beberapa jenis kekacang pilihan.


Kek ini juga mempunyai rasa manis yang sederhana, bila ianya di saluti dengan coklat dan buah-buah segar di luarannya..ia menjadikan rasa manis kek ini seimbang.

Kek yang seberat 2 kg ini bertambah cantik jika ianya di oles dengan sedikit aprikot gel.


Bagi anda yang memang pencinta apa jenis sekalipun kek buah-buahan..pasti menyukainya.
Sesuai sebagai hadiah ataupun sekadar hidangan minum petang buat keluarga tersayang.




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

2 comments:

Anonymous said...

I love this cake!!!!Yummm....

Anonymous said...

and i love too..:-)

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™