
Sejenis kek buah kekacang versi bakar.
Kek jenis ini begitu padat dengan kepingan buah-buahan kering yang segar serta kekacang yang rangup.
Tekstur kek jenis ini agak lembut. Apa sahaja jenis kek buah versi bakar, perlulah di bakar dalam suhu yang agak rendah. Ini kerana ia tidak akan membuat kek buah anda kering dan berderai.

Kek buah biasanya mampu bertahan lama. Lebih lama anda menyimpannya lebih lembab tekstur kek jenis ini. Perhatikan cara menyimpannya juga perlu betul. Elakkan kek dari berkulat. Atau bau tengek. Inilah masaalah yang kerap berlaku tatkala kita ingin menjamu tetamu yang datang. Yang kasihan itu, bila tuan rumah sendiri tidak tahu bahawa kek atau biskut yang di buat mahupun di beli sudah berbau tengek ataupun berkulat!
Lalu pesananku, elakkan perkara ini terjadi, agar tidak menjadi bahan bualan tamu yang datang bertamu ke rumah kita.

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be
kind.
Thank you N enjoyz!
0 comments:
Post a Comment