
Menjadi tradisi budaya sebahagian dari masyarakat melayu islam kita, bila datang berkunjung berhari raya di rumah orang yang lebih tua, pastinya buah tangan atau lauk pauk, manis-manisan menjadi satu keutamaan untuk di hulurkan pada mereka..:-)
Namun ada juga sebahagian dari masyarakat melayu kita, merasakan tidak perlu membawa itu dan ini ke rumah orangtua. Dan maaf cakap, ada yang lebih suka datang sekadar bawa perut untuk bertamu ke rumah keluarga. Budaya membawa buah tangan mungkin sudah tidak di terapkan lagi dalam budaya masyarakat kita yang dikatakan sudah semakin maju kini.
Walau cara apapun, yang telah di terapkan pada minda anak-anak masakini....itu terserah individu itu sendiri..namun bagi sesetengahnya...manisan seperti ini begitu di perlukan. Bagai suatu kewajipan bagi mereka,...lalu Iza D'Lite mengambil kesempatan ini menyediakan keperluan yang seperti ini.
Sekotak manisan seperti ini sudah cukup membuat si penerima tersenyum lebar. Lalu manisan seperti ini di kongsi beramai-ramai bersama ahli keluarga yang lain.
Alangkah seronoknya menikmati manisan seperti ini berserta mengongsi pelbagai juadah di hari yang berbahagia seperti ini. Untuk anda yang mungkin belum berjalan raya, berpuasa atau dalam keadaan apa jua...

Selamat Beraya!:-)
PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!