CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Wednesday, October 15, 2008

Golden Mango D'Lite

Golden Mango D'Lite

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Golden Mango D'Lite Swissroll, di buat dari adunan kek yang lembut. Di saluti dengan krim lemak manis serta kami taburkan kepingan-kepingan hirisan mangga yang berqualiti tinggi dan segar.Dengan rasa sedikit masam manis....pastinya kek gulung jenis ini tidak akan membuat anda rasa muak!Anda perlu mencubanya terlebih dahulu...:-) Kami pasti anda tidak akan pernah cukup dengan hanya sekeping Golden Mango D'Lite!



Sesuai di jamu pada hari perayaan mahupun jamuan minum petang..:-) Swissroll yang berinti buah-buahan perlulah di potong dengan cermat. Gunakan pisau yang tipis dan tajam bila memotongnya. Dan pastinya ia akan menghasilkan bentuk dan potongan yang menarik!:-)


Buat anda..selamat menjamu mata!:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, October 3, 2008

Hari Raya Gift

Menjadi tradisi budaya sebahagian dari masyarakat melayu islam kita, bila datang berkunjung berhari raya di rumah orang yang lebih tua, pastinya buah tangan atau lauk pauk, manis-manisan menjadi satu keutamaan untuk di hulurkan pada mereka..:-)

Namun ada juga sebahagian dari masyarakat melayu kita, merasakan tidak perlu membawa itu dan ini ke rumah orangtua. Dan maaf cakap, ada yang lebih suka datang sekadar bawa perut untuk bertamu ke rumah keluarga. Budaya membawa buah tangan mungkin sudah tidak di terapkan lagi dalam budaya masyarakat kita yang dikatakan sudah semakin maju kini.

Walau cara apapun, yang telah di terapkan pada minda anak-anak masakini....itu terserah individu itu sendiri..namun bagi sesetengahnya...manisan seperti ini begitu di perlukan. Bagai suatu kewajipan bagi mereka,...lalu Iza D'Lite mengambil kesempatan ini menyediakan keperluan yang seperti ini.

Sekotak manisan seperti ini sudah cukup membuat si penerima tersenyum lebar. Lalu manisan seperti ini di kongsi beramai-ramai bersama ahli keluarga yang lain.
Alangkah seronoknya menikmati manisan seperti ini berserta mengongsi pelbagai juadah di hari yang berbahagia seperti ini. Untuk anda yang mungkin belum berjalan raya, berpuasa atau dalam keadaan apa jua...





Selamat Beraya!:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, October 2, 2008

Blueberry Swissroll

Blueberry Swissroll Cake
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat hidangan di Aidilfitri...:-) Kaya dengan rasa krimnya yang lemak manis berserta filling buah jenis blueberry. Berperisa stroberi...membuatkan kek jenis ini begitu enak.:-)
Lembut untuk di gigit serta pasti di sukai ramai.

Sesuai untuk perayaan, majlis-majlis kecil atau di buat untuk hidangan minuman petang...:-) Di temani pula dengan secawan teh 'O' panas. Pasti lazat untuk di nikmati...:-)





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™