CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, September 4, 2009

Suji Gajus


Suji Gajus
First batch kuih yang di order oleh pelanggan. Diam tak diam sudah hari yang ke-14 kita berpuasa....Allahamdulillah..moga segalanya berjalan dengan baik. Dan waktu begini, dapurku memang sibuk dalam memenuhi tempahan para pelanggan.Dan kuih suji gajus ini merupakan keluaran yang pertama dari dapur Simply D'Lite.
Sekarang ini pelbagai macam jenis biskut dan kuih raya yang boleh kelihatan di sana sini. Pelbagai rupa dan warna serta rasa. Namun aku lebih gemar pada kuih raya melayu asli..seperti tart,makmur mahupun suji berbanding dengan biskut miskut yang ada sekarang ini. Dam kuih jenis ini juga yang merupakan tempahan yang mesti ada bagi pelanggan.
Suji gajus, sejenis kuih yang rangup dengan rasa kekacang gajus. Seperti yang lalu, aku letakkan suji gajus ini di dalam mangkuk kertas yang kecil, agar ia kelihatan lebih kemas dan mudah bagi tetamu untuk mengambilnya. Ku tabur dengan kekacang gajus dan sedikit gula di atasnya. Amat menarik sekali.
Apapun yang anda lakukan....ianya terpulang pada kreativiti anda masing-masing.
Selamat meneruskan ibadah puasa.










PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Saturday, August 22, 2009

Rendang Itik


Rendang Itik,
Namakan sahaja itik, pastinya terbayang dek mata seekor binatang ternakkan yang jalannya terkedik-kedik...sehingga ada pepatah mengatakan,bagaikan itik pulang petang.:-)
Jika anda tidak biasa dengan rasa daging itik, apa kata anda mulakan merasanya dengan rendang itik. Daging itik yang di masak dengan segala rempah ratus, kerisik dan pelbagai lagi bahan..mampu mematikan rasa dan bau itik itu sendiri. Rendang itik perlu di masak dengan api yang perlahan. Memasaknya pun memakan masa yang lebih lama berbanding daging ayam.
Anda pasti menyukainya, jika anda memasak rendang itik ini dengan cara yang betul. Usah masak rendang itik, dengan cara asal boleh sahaja....pastikan segalanya cukup.Usah lupa akan pelbagai dedaun yang perlu di campurkan di dalam rendang jenis ini.
Dahulu, aku bukan penggemar daging itik. Tetapi semenjak aku 'ter'makan rendang itik yang di masak oleh pakcikku..,aku tak mampu menolaknya. Rasanya lebih sedap dari isi ayam. Sejak itu...apa sahaja yang di namakan itik..aku pasti menyukainya.
Dan aku sengaja memasaknya agak kering, agar ianya lebih tahan lama. Rendang, jika kena cara memasaknya...makin lama di simpan makin sedap rasanya.
Dan inilah hidangan waktu sahurku. makan kering-kering dengan nasi..memang power!Tak percaya? Anda harus cuba....:-)
Salam Ramadhan Buat Anda!


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, August 21, 2009

Ayam Masak Cili Api Rebung



Ayam Masak Cili Api Rebung
Pedas!Menyengat....namun yang pasti, nasi di dalam pinggan pasti bertambah! Sedap sungguh sesekali makan lauk jenis ini. Bertambah lagi dengan keharuman hirisan bunga kantan dan kerangupan rebungnya.
Pada penggemar rasa pedas..lauk jenis ini memang menjadi pilihan. Tak pedas kata mereka takde 'kick'....yea ke?Tentu sekali yang gemar akan lauk pauk jenis pedas mampu menjawab soalan itu...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™