Mango Black Sesame Cake
Sudah beberapa bulan ku tinggalkan dunia kek...kali terakhir adalah pada awal bulan februari. Itu yang terakhir. Selepas itu ketuhar di dapur kecilku ikut turut istirehat..:-) Tidak tahu mengapa...selera bukan ke arah itu. Bertambah pula perlu juga menjaga kesihatan diri dari kadar kandungan gula yang adakalanya kita nikmati telah melebihi yang seharusnya.
So untuk kali ini kek mangga bijan hitam menjadi pilihan. Teksturnya yang supersoft membuat kek ini begitu enak untuk di nikmati. Yang pasti..ianya tidak terlalu manis. Berperisa mangga serta di taburi taburan bijan hitam.
Sesuai bagi yang menggemarinya. Sesuai juga bagi hidangan minum petang untuk keluarga serta tetamu.
Sesuai bagi yang menggemarinya. Sesuai juga bagi hidangan minum petang untuk keluarga serta tetamu.
Kehalusan kek ini tidak perlu di ragui. Anda boleh sahaja menghiasnya mengikut pilihan hati anda. Yang jelas, ianya pasti menggamit selera anda dan keluarga..:-)
0 comments:
Post a Comment