Epok-epok ada pelbagai inti, cara dan resipi yang berbeza. Setiap di antara kita membuatnya dengan cara yang berbeza. Mengikut selera masing-masing.
Di luar sana ada yang membuat kulit epok-epok itu sendiri begitu tebal. Ada yang gemar guna minyak sapi, mentega atau sebagainya.
Terserah masing-masing, tiada had dalam menentukan kesedapan kulit dan inti epok-epok itu sendiri.
Namun, jika di tanya pada seleraku.., aku seorang yang gemar makan epok-epok yang jenis kulitnya tipis serta rangup...dan isinya padat!
Dan pada hari ini, aku membuatnya sendiri setelah sekian lama tidak membuatnya. Allahamdulillah...sedapnyaaa tidak terkira. Sesuai dengan selera aku.
Berkali goreng..berkali itu juga kena ngap! Letak sahaja hilang.Bukan memuji buatan sendiri, tetapi harus ku akui...jika ingin makan enak...harus rajin ke dapur untuk melakukannya sendiri.
So hari ini...aku jamu epok-epok kentang. Makan masa hangat-hangat...wallaaa...sedap! Kulitnya tipis dan rangup...bila di simpan hingga ke petang kulitnya masih 'maintain' cantik aje.
Anda takkan dapat di mana-mana kedai...ianya hanya boleh di dapati di dapur kecil Simply D'Lite!Tak percaya? Cubalah datang bawa piring anda..hehe..
0 comments:
Post a Comment