(Adunan yang di isi dengan coklat Nutella)
(Pecahan merkah apam yang berinti coklat Nutella ini berlainan dengan yang lain.Ini mudah bagi membezakannya)
Hujung minggu baru sahaja berlalu, sepetang bersama keluarga memang tak lengkap jika tidak menikmati minum petang bersama.
Dan untuk sekali ini, hati terpanggil untuk membuat kuih apam aiskrim ini. Rasanya boleh tahan, sesuai bagi yang tidak suka pada kuih yang terlalu manis.
Namun bagi ahli keluargaku, mereka gemar memakannya dengan kelapa dan gula merah.
Ada di antara sedikit dari adunannya,ku isikan bersama sedikit coklat nutella dan jam stroberi.
Ermm...sesuai sungguh rasanya.
(Didalam mangkuk kaca ini Apam Aiskrim ini mekar setaman:-))
(Di makan bersama kelapa dan gula merah pun sedap)
Dan yang paling menarik sekali, warnanya yang menyerlah serta saiznya yang comel..:-)
Lalu apalagi, jom kita cuci mata dengan beberapa kepingan gambar yang sempat kami rakamkan...:-)
0 comments:
Post a Comment