Hari Ayah baru sahaja berlalu...sempena hari ayah, ramai pula anggota keluargaku yang berstatus ayah,abah,bapak,daddy meminta aku buatkan kek durian! Adik lelakiku menuntutnya sejak dari musim raya tahun lalu lagi...tetapi biasalah..aku memang cukup malas untuk membuatnya.
Tetapi memandangkan tahun pertama adikku bergelar seorang bapa...aku pun tunaikan permintaannya. Di samping mendapat sokongan dari ramai anggota keluargaku. Ada yang siap belikan durian segala. Thanks alot!:-)
Anda jangan terperanjat melihat ketinggian kek ini. Ketinggian ini memang di sengajakan. Memandangkan duriannya banyak..aku tinggikan ketinggian kek. Kek durian seberat 2.7kg ini memang menyengat! Krim luaran dan di dalamannya adalah dari isi durian semata. Hanya 50gm gula sahaja yang di perlukan dalam membuat kek durian ini. Anda bayangkan itu bererti hanya rasa manis durian itu sahaja.
Harum baunya usah di perkatakan...selagi ianya tidak habis..selagi itu ianya menyengat hidung kami.
Jika kek durian ini kelihatan bagai tiada rupa dalam menghiasnya...tak mengapa. Janji ianya punya rasa! Dan yang penting..ianya membuat anda menjilat jari! Tapi bagi anda yang mungkin mempunyai masaalah gula dalam badan....awas!anda hanya perlu colek sedikit sahaja durian ini ke lidah! Timbang berat badan anda dulu sebelum anda menikmatinya!:-)
0 comments:
Post a Comment