Tuesday, June 29, 2010
Monday, June 28, 2010
.:Bingka Roti Sos Coklat:.
Bingka Roti Sos Coklat ~Sesuai buat minum petang. Rasa manis yang sederhana
sangat sesuai buat penggemar yang menjaga berat badan.Minumlah dengan secawan teh 'O' panas..pastinya menyegarkan
petang hari anda...:-)
PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!
Posted by Simply D'Lite at 6:41 PM 0 comments
Labels: Kuih Melayu Pilihan
Friday, June 25, 2010
.:Oh..Kek Durian:.
Hari Ayah baru sahaja berlalu...sempena hari ayah, ramai pula anggota keluargaku yang berstatus ayah,abah,bapak,daddy meminta aku buatkan kek durian! Adik lelakiku menuntutnya sejak dari musim raya tahun lalu lagi...tetapi biasalah..aku memang cukup malas untuk membuatnya.
Tetapi memandangkan tahun pertama adikku bergelar seorang bapa...aku pun tunaikan permintaannya. Di samping mendapat sokongan dari ramai anggota keluargaku. Ada yang siap belikan durian segala. Thanks alot!:-)
Anda jangan terperanjat melihat ketinggian kek ini. Ketinggian ini memang di sengajakan. Memandangkan duriannya banyak..aku tinggikan ketinggian kek. Kek durian seberat 2.7kg ini memang menyengat! Krim luaran dan di dalamannya adalah dari isi durian semata. Hanya 50gm gula sahaja yang di perlukan dalam membuat kek durian ini. Anda bayangkan itu bererti hanya rasa manis durian itu sahaja.
Harum baunya usah di perkatakan...selagi ianya tidak habis..selagi itu ianya menyengat hidung kami.
Jika kek durian ini kelihatan bagai tiada rupa dalam menghiasnya...tak mengapa. Janji ianya punya rasa! Dan yang penting..ianya membuat anda menjilat jari! Tapi bagi anda yang mungkin mempunyai masaalah gula dalam badan....awas!anda hanya perlu colek sedikit sahaja durian ini ke lidah! Timbang berat badan anda dulu sebelum anda menikmatinya!:-)
Posted by Simply D'Lite at 9:44 AM 0 comments
Labels: Festival Cakes
Thursday, June 24, 2010
.:Honeydew Sago:.
Kadangkala kita perlukan sesuatu yang mendinginkan tekak. Dan
apakata sekali sekala kita nikmati Honeydew Sago...sebagai pencuci mulut.
Dingin,lemak manis serta enak terasa bila kita mengunyah buah honeydew
ini.Apakat anda buat bagi hidangan keluarga anda.....pelengkap
menu hidangan anda. Mudah membuatnya....:-)
Posted by Simply D'Lite at 7:59 PM 0 comments
Labels: Manisan
.:Kuih Sagu Kelapa:.
Posted by Simply D'Lite at 7:48 PM 0 comments
Labels: Kuih Melayu Pilihan
Thursday, June 10, 2010
.:Banana Pancake:.
Tak kira apa yang di panggil, namun ianya tetap memikat selera keluarga sewaktu sarapan pagi.
Adunannya tak usah terlalu manis, lalu menyebabkan ianya sesuai di makan bersama mentega ataupun madu.
Pisang yang ranum sudah cukup memadai bagi rasa manis pancake jenis ini. Menambahkan kesegaran sarapan pada pagi hari...apakata anda sediakan secawan kopi 'O' panas. Pastinya menyegarkan hari anda!
Posted by Simply D'Lite at 6:45 PM 0 comments
Labels: Masak Apa?
Subscribe to:
Posts (Atom)