Namakan sahaja itik, pastinya terbayang dek mata seekor binatang ternakkan yang jalannya terkedik-kedik...sehingga ada pepatah mengatakan,bagaikan itik pulang petang.:-)
Jika anda tidak biasa dengan rasa daging itik, apa kata anda mulakan merasanya dengan rendang itik. Daging itik yang di masak dengan segala rempah ratus, kerisik dan pelbagai lagi bahan..mampu mematikan rasa dan bau itik itu sendiri. Rendang itik perlu di masak dengan api yang perlahan. Memasaknya pun memakan masa yang lebih lama berbanding daging ayam.
Anda pasti menyukainya, jika anda memasak rendang itik ini dengan cara yang betul. Usah masak rendang itik, dengan cara asal boleh sahaja....pastikan segalanya cukup.Usah lupa akan pelbagai dedaun yang perlu di campurkan di dalam rendang jenis ini.
Dahulu, aku bukan penggemar daging itik. Tetapi semenjak aku 'ter'makan rendang itik yang di masak oleh pakcikku..,aku tak mampu menolaknya. Rasanya lebih sedap dari isi ayam. Sejak itu...apa sahaja yang di namakan itik..aku pasti menyukainya.
Dan aku sengaja memasaknya agak kering, agar ianya lebih tahan lama. Rendang, jika kena cara memasaknya...makin lama di simpan makin sedap rasanya.
Dan inilah hidangan waktu sahurku. makan kering-kering dengan nasi..memang power!Tak percaya? Anda harus cuba....:-)
Salam Ramadhan Buat Anda!
0 comments:
Post a Comment