Bukan pertama kali membuatnya, malah sudah berulangkali. Namun setiap kali membuat kulit pizza ini, pastinya akan di cuba dalam pelbagai cara.
Ada yang membuat kulit pizza jenis roti. Ada pula macam ala donat, ada pula yang gemar pada kulit pizza yang crust and thin. Berbagai lagi..mengikut selera sendiri.
Toppingnya pula ada pelbagai cara boleh di sesuaikan.
Dan untuk keluargaku yang memang mempunyai selera bercirikan kemelayuan, pastinya topping yang agak pedas dan berempah menjadi pilihan. Tanpa memerlukan keju yang terlampau banyak..ianya sudah cukup menggamit selera.
Lalu untuk kali ini..Pizza Rendang menjadi pilihan kami. Jemput makan, yuk!:-)
0 comments:
Post a Comment