Pulut kuning ini merupakan yang tempahan yang pertama pembuka tirai 2009!
Semoga 2009 yang akan di lalui ini menambahkan keceriaan, ketabahan serta ketaqwaan kita pada-Nya. Insya'Allah.
Berbalik pada pulut kuning ini, ianya merupakan hajat seseorang sempena tahun baru ini. Berlapiskan rendang, pulut kuning ini di hiasi sebaik mungkin agar ianya nampak begitu menyerlah. Kombinasi warna juga memainkan peranan bagi memancing selera.
Semoga apa juga yang di hajati bakal di makbuli oleh-Nya.
Selain itu ada juga yang gemar memakan pulut kuning berserta dengan daging kari. Selera pelanggan pelbagai tapi yang pasti, pulut kuning memang lazat untuk di nikmati dengan apa sahaja yang bersesuaian dengannya.
Ringkas sahaja bila pulut kuning ini di letak ke dalam bekas kecil seperti ini. Mudah di bawa ke mana sahaja.
Terimakasih sekali lagi pada yang memberi sepenuh kepercayaan pada Simply D'Lite bagi menggalas tanggungjawab ini.
Semoga 2009 ini di lapangkan rezeki kami serta di permudahkan segala urusan duniawi ukhrawi, Insya'Allah. Amin....
PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!
1 comments:
Happy New Year 2009 !
Post a Comment