Pelbagai cara dan resipi di buat bagi mendapatkan rasa yang lazat, namun begitu walau bagaimana rasanya sekalipun roti kirai tetap boleh dan sesuai di jamu dengan kari daging, ayam mahupun yang bersesuaian dengan pilihan anda.
Dan ada pula roti kirai atau ada yang menyebut sebagai roti jala di isikan dengan kentang yang telah di masak kering dan lembut berempah ke dalamnya, lalu di gulung rapi.
Boleh di dapati juga di kedai-kedai makan yang menjual kuih muih. Namun begitu anda harus awas akan rasanya...sebab kerapkali membeli dan memakannya, intinya sudah berubah rasa. Ia itu masam!
Bukan mudah sebenarnya membeli di luar berbanding dengan keupayaan membuatnya sendiri. Mengirai roti kirai ini juga memerlukan seni. Dan tidak semua di antaranya mampu mengirainya dengan baik. Rasanya makan itu lebih mudah dari membuatnya..:-)
Itu hakikat yang terpaksa di akui oleh ramai di antaranya. Namun cubalah...membuatnya melalui air tangan kita sendiri lalu lembutkan tangan anda dengan mengiraikannya. Anda akan pasti rasa lebih puas melakukannya sendiri..:-)
Dan kini roti kirai di buat dengan pelbagai cara, ada yang gemar mengguna susu bagi menggantikan santan. Tapi asal roti kirai ini dulu memang menggunakan santan. Ianya lebih lembut dan lemak rasanya...:-)
Bersama roti kirai serta daging kari maghribi, inilah hidangan kami pada hari ini..:-)
Selamat Menjamu Mata..:-)
PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!
0 comments:
Post a Comment