CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Monday, May 31, 2010

.:Suji Bhai:.

Suji Bhai

Anda biasa dengar? Mungkin biasa menikmatinya...mudah di dapati di kedai makan milik orang india. Musim raya...kuih suji di mana-mana boleh di dapati...pelbagai rupa dan rasa. Betul?

Ada yang bila kita menikmatinya...ia terus semacam cair di dalam mulut, ada pula bila kita nikmati....ianya terasa panas di hujung tekak..., ada pula garing lembut begitu. Aduh..macam-macam rasa pun ada.


Tapi seleraku terjerumus ke arah Suji Bhai. Tidak pernah membuatnya...puas surfing bagi mencari resipinya, mana tahu ada yang boleh berkongsi sama...masih juga tiada. Belek-belek buku resipi yang ku miliki.....tanya sana tanya sini...jawapannya semua 'sipi-sipi' sahaja......belum ada yang bersedia berkongsi. Tidak mengapa....,tapi bab ini aku gigih..untuk 'trial n error'...:D

Berapa kali sudah ku membuatnya. macam mana rupa, macam mana rasa pada mula membuatnya..semuanya habis di bedal! Sehingga lewat tadi pagi, aku membuatnya lagi...tukar bahan itu dan ini.....AKHIRNYA...ALLAHAMDULILLAH........menjadi seperti yang di inginkan.
Sungguhlah.....pegang pada satu ayat..."Di mana ada kemahuan...di situ ada
jalan.." Insya'ALLAH.......

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!

.:Bebola Tart Nenas Bijan Hitam:.

Salam..Salam...Ya Salam buat anda!
Terimakasih kerana masih sudi berkunjung ke sini...:-) Kali ini kami bawa bebola tart yang di taburi bijan hitam. Menarik sekali...bukan sekadar bagi yang memandang, malah yang menikmatinya juga mengatakan begitu.

Allahamdulillah..rasanya yang enak bersama inti nenas yang padat...membuat penggemarnya tidak berhenti mengunyah! Mudah membuatnya...anda hanya perlu menggunakan bahan yang bermutu tinggi. Pastikan kesegarannya senantiasa terjaga.

Hasilnya, bebola tart jenis ini....rangup luarannya, lembut kulitnya, basah-basah intinya serta wangi baunya. Anda pasti menyukainya..Oops! ada yang siap memangku balang kuih ini tatkala menikmatinya!:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!

Tuesday, May 25, 2010

.:Enaknya Si Gado-Gado:.


Salam Sejahtera...
Allahamdulillah.....setelah sekian hampir sebulan lebih berehat dari ruang dapur, berehat dari segala macam kesibukkan...segala apa yang di rancang pada bulan mei ini semuanya terpaksa di batalkan oleh kerana aku terlibat dalam kemalangan jalanraya...dan kini secara perlahan aku kembali ke dapur setelah keadaan kesihatan kembali mengizinkan untuk bergerak...namun sudah pasti ianya tak mampu serancak sebelumnya.
Namun aku tetap bersyukur.....dan sebaik sahaja aku mampu ke dapur, aku terus buat Gado-Gado....!! Tekak memang terasa sangat ingin menikmatinya. Lalu, dengan segala kudrat yang ada..perlahan aku menyiapkan apa yang harus di siapkan.
Sedap dan wanginya kuah kacang ini usah di pertikaikan lagi. Ianya pelengkap rasa dan pembuka selera...berpinggan-pinggan dapat aku nikmati Gado-Gado ini...Oops! namun bukan untuk ku sahaja..malah buat para tetamu yang kebetulan berkunjung ke rumahku.
Allahamdulillah....puas rasa di hati!



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™