CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Thursday, November 26, 2009

Enaknya Kek Marble




Kek Marble, hidangan manisan Aidil Adha. Halus dan lembab teksturnya. Di selang selikan dengan perisa coklat. Rasanya begitu memikat...menambat selera.


Selamat Hari Raya Aidil Adha.





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, November 25, 2009

Lambaian Aidil Adha





Tiada banyak perkara yang ingin di perkatakan. Hanya sekadar berkongsi gambar c/cakes ini. Selebihnya Simply D'Lite ingin mengucapkan "Salam Aidil Adha" bagi seluruh umat islam. Semoga dengan datangnya Aidil Adha ini....marilah sama-sama kita fahami erti 'Pengorbanan'.
Semoga segala 'pengorbanan' yang telah kita buat mendapat ganjaran tertinggi di sisi-Nya. Insya'Allah.



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, November 12, 2009

Kuih Chang

Kuih Chang-

Sejenis makanan tradisi orang-orang tionghua terutama pada 'Chang Festival'.Aku amat menggemarinya. Dengan berbungkus daun buluh, di ikat rapi lalu di rebus selama 1 jam setengah.



Di sebalik bungkusan daun buluh itu, dalamnya merupakan inti pulut yang di buat pelbagai rasa. Tetapi yang ini, intinya merupakan ketulan daging dan sebiji buah berangan yang telah di kupas kulitnya.



Perhatikan, Kuih Chang ini boleh juga di buat dengan pelbagai rasa. Semasa membungkusnya anda perlu melakukannya dengan teliti, jika tidak pasti ianya akan terbuka. Dan lagi satu, saiznya yang agak besar,cukup mengenyangkan.



Jika di luar, anda perlu mendapatkan Kuih Chang yang halal. Tetapi jika anda punya keupayaan membuat, mengapa tidak melakukannya sendiri di rumah anda? Pasti sedap!! Cuba lah............:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, November 9, 2009

Enaknya Nasi Ayam

Sebut sahaja nasi ayam, terbayang-bayang gambaran nasi ayam yang di jual di gerai mahupun yang di buat sendiri di rumah.

Kelazatan nasi ayam jika di masak dengan betul, aduhai ianya tidak cukup dengan sekali tambah. Cara masing-masing memasaknya juga tidak sama. Walau di beri sehelai kertas dari resipi yang sama, tentu sekali ianya tetap berbeza segi rasanya. Sebabnya, air tangan seseorang tak sama.

Namakan sahaja memasak...semua orang mampu memasak, namun berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar punya kelebihan dalam memasak? Mungkin 40 orang yang boleh memasak, namun dalam 40 orang yang boleh memasak, hanya 10 orang yang benar-benar mampu memasak dengan baik. Anda setuju?

Tepuk dada tanya diri kita sendiri...:-)


Berbalik pada nasi ayam. Keluarga ku memilih nasi ayan hainanese. Setengahnya gemar pada ayam yang di goreng.Tidak mengapa, yang penting semua makan..:-) Namun aku amat berminat pada nasi ayam hainanese. Ayam yang di rebus, lalu di potong dan di siramkan dengan sos hitam. Cicahkan ayamnya dengan sambal halia. Aah...sedapnya begitu terasa. Hiriskan juga kepingan lobak merah. Usah lupa daun salad serta sedikit daun saderi.

Nasinya harus berbau harum. Ayamnya pula usah di rebus kosong semata. Sesuaikan dengan selera anda.




Potong kepingan ayam rebus ini dengan menggunakan pisau yg agak tajam. Agar kepingan ayam anda tidak hancur bila di potong.


Bila membuat sambalnya, macam-macam cara orang membuatnya. Tapi bagiku, rasa sambal yang di buat harus mempunyai rasa yg secukupnya. Bila rasanya cukup, anda tidak akan rasa muak dengan cicahan ayam rebus. Pastinya ia memikat selera.




Jangan lupa sos hitam ini bersama supnya. Sos hitam ini menambahkan rasa pada ayam itu. Gunakan bahan-bahan yang segar bila memasak nasi ayam ini. Anda pasti puas hati berbanding makan di luar. Kerana bila anda makan di rumah, anda sendiri yang masak...anda pasti lebih tahu untuk memasak yang terbaik buat keluarga anda. Ianya sungguh menyihatkan serta menjimatkan. Psst...yang penting..bila memasak harus dengan senyuman bukan rungutan.....Enjoy!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, November 1, 2009

Ku Kembali...

Salam Sejahtera.....
Sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Seolah-olah sudah berabuk di tinggalkan untuk beberapa waktu. Kamera pun sudah agak lama tidak berfungsi. Entah, tidak tahu ke mana hilangnya 'mood' untuk membuat semua ini. 'Mood' hilang terus sebaik sahaja Aidilfitri bermula. Terlalu banyak perkara yang berlaku sebaik sahaja Aidilfitri menjelang dan sehingga akhirnya. Namun itu semua dugaan dari-Nya. Yang penting segalanya dapat di atasi dengan baik atas izin-Nya jua. Allahamdulillah....

Dan kini berbalik pada menu hidangan yang kita nikmati saban hari, untuk hari ini keluarga ku menikmati Mee Sup Daging. Sedap sungguh makan makanan bersup begini, bertambah lagi dengan sambal kicap yg cukup menyengat! Dengan kerangupan sayur mayurnya...sungguh menyegarkan hidangan ini. Bila segalanya terhidang, lensa kamera mula main,kan peranannya. Klik!............

Tak lengkap rasanya bila menikmati makanan yang pedas tanpa pencuci mulutnya. Agar-agar betik!
Menarik....sesuai bagi yang gemar menikmati keenakkan buah betik. Rasakan manis dan sejuknya..pasti ianya tidak akan cukup sekeping buat anda.
Lakukan apa sahaja buat keluarga anda dengan seluruh jiwa raga, senyuman serta kasih sayang...pastinya airtangan anda menghasilkan ikatan kemesraan di meja makan...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™