CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, September 4, 2009

Suji Gajus


Suji Gajus
First batch kuih yang di order oleh pelanggan. Diam tak diam sudah hari yang ke-14 kita berpuasa....Allahamdulillah..moga segalanya berjalan dengan baik. Dan waktu begini, dapurku memang sibuk dalam memenuhi tempahan para pelanggan.Dan kuih suji gajus ini merupakan keluaran yang pertama dari dapur Simply D'Lite.
Sekarang ini pelbagai macam jenis biskut dan kuih raya yang boleh kelihatan di sana sini. Pelbagai rupa dan warna serta rasa. Namun aku lebih gemar pada kuih raya melayu asli..seperti tart,makmur mahupun suji berbanding dengan biskut miskut yang ada sekarang ini. Dam kuih jenis ini juga yang merupakan tempahan yang mesti ada bagi pelanggan.
Suji gajus, sejenis kuih yang rangup dengan rasa kekacang gajus. Seperti yang lalu, aku letakkan suji gajus ini di dalam mangkuk kertas yang kecil, agar ia kelihatan lebih kemas dan mudah bagi tetamu untuk mengambilnya. Ku tabur dengan kekacang gajus dan sedikit gula di atasnya. Amat menarik sekali.
Apapun yang anda lakukan....ianya terpulang pada kreativiti anda masing-masing.
Selamat meneruskan ibadah puasa.










PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

0 comments:

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™