CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Tuesday, September 8, 2009

Nilai Sekeping Tart Nenas



Namakan sahaja tart nenas, siapa yang tidak menggemarinya? Mempunyai pelbagai bentuk, rupa dan rasa.
Terpulang pada individu untuk membuat serta menilainya.



Segi bentuk yang ada pelbagai rupa, segi rasa pasti ianya tidak sama.
Dalam membuat kulit tart hingga ke inti nenasnya, kami menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
Mahal bagi sesetengah di antara kita, namun tidak jadi apa bagi kami di sini.




Ini kerana kami amat mementingkan mutu rasa kuih tart itu sendiri.
Bukan mudah untuk menikmati sekeping tart nenas yang benar-benar lazat.
Aroma bau kuih tart ini sendiri begitu membangkit selera.



Tart nenas buatan kami mempunyai inti nenas yang halus, manis dan basah-basah. Ianya tidak kering seperti yang lazimnya kita dapati di merata tempat. Kami pastikan kulit tart ini sendiri gebu dan halus.Erti kata halus bukan bermakna kami menggunakan tepung jagung sebagai tambahan. Ianya halus dari segi kombinasi antara mentega dan tepung yg bermutu tinggi. Tanpa pewarna atau sebagainya, kuih tart buatan kami memang mendapat tempat di hati para pelanggan. Allahamdulillah....
Untuk anda bagaimana? Tart pilihan anda yang bagaimana?
Hanya dengan cara anda melakukannya sendiri iaitu mengadun adunan doh tart ini, memasak inti nenas itu sendiri serta mencepit kulit tart ini bak putaran roda..., dan tika itu anda akan tahu nilai sekeping kuih tart nenas ini.

Kerana, bagi aku...."menilai sesuatu rasa dengan wang dollar/ringgit, tidak akan pernah sama seperti anda menilainya dengan cara membuatnya melalui titik peluh sendiri."
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

0 comments:

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™