CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Saturday, August 22, 2009

Rendang Itik


Rendang Itik,
Namakan sahaja itik, pastinya terbayang dek mata seekor binatang ternakkan yang jalannya terkedik-kedik...sehingga ada pepatah mengatakan,bagaikan itik pulang petang.:-)
Jika anda tidak biasa dengan rasa daging itik, apa kata anda mulakan merasanya dengan rendang itik. Daging itik yang di masak dengan segala rempah ratus, kerisik dan pelbagai lagi bahan..mampu mematikan rasa dan bau itik itu sendiri. Rendang itik perlu di masak dengan api yang perlahan. Memasaknya pun memakan masa yang lebih lama berbanding daging ayam.
Anda pasti menyukainya, jika anda memasak rendang itik ini dengan cara yang betul. Usah masak rendang itik, dengan cara asal boleh sahaja....pastikan segalanya cukup.Usah lupa akan pelbagai dedaun yang perlu di campurkan di dalam rendang jenis ini.
Dahulu, aku bukan penggemar daging itik. Tetapi semenjak aku 'ter'makan rendang itik yang di masak oleh pakcikku..,aku tak mampu menolaknya. Rasanya lebih sedap dari isi ayam. Sejak itu...apa sahaja yang di namakan itik..aku pasti menyukainya.
Dan aku sengaja memasaknya agak kering, agar ianya lebih tahan lama. Rendang, jika kena cara memasaknya...makin lama di simpan makin sedap rasanya.
Dan inilah hidangan waktu sahurku. makan kering-kering dengan nasi..memang power!Tak percaya? Anda harus cuba....:-)
Salam Ramadhan Buat Anda!


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, August 21, 2009

Ayam Masak Cili Api Rebung



Ayam Masak Cili Api Rebung
Pedas!Menyengat....namun yang pasti, nasi di dalam pinggan pasti bertambah! Sedap sungguh sesekali makan lauk jenis ini. Bertambah lagi dengan keharuman hirisan bunga kantan dan kerangupan rebungnya.
Pada penggemar rasa pedas..lauk jenis ini memang menjadi pilihan. Tak pedas kata mereka takde 'kick'....yea ke?Tentu sekali yang gemar akan lauk pauk jenis pedas mampu menjawab soalan itu...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, August 19, 2009

Tart's Pandan

Sejenis tart's yang comel dengan rasa kaya pandan membuat tart's jenis ini begitu istimewa.
Berulangkali membuatnya untuk mendapatkan tekstur yang di inginkan.

Cuba dan cuba lagi dalam membuatnya ternyata menghasilkan sesuatu yang positif. Bermula dari kegagalan, ianya membentuk diri agar terus cuba dan cuba lagi. Bukan sesuatu yang mudah dalam meraih membuat sesuatu hingga berjaya.

Dan kini ianya begitu jelas, bukan sekadar enak untuk di nikmati..malahan ianya mempunyai mutu rasa yang berkualiti. Sesuai di nikmati tatkala dingin. Sesuai untuk di hidangkan pada bila-bila masa sahaja...:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Ayam Goreng Bijirin


" Sejenis hidangan yang ringkas namun mampu memikat selera bagi yang meminatinya.
Kepingan ayam yang di salut dengan bijirin. Begitu lazat bila di nikmati ketika hangat.
Rasanya garing,rangup dan agak pedas...membuat anda tidak rasa jemu untuk menikmatinya lagi dan lagi.
Inilah hidangan Ayam Goreng Bijirin...:-) "


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, August 7, 2009

Putri Salat Durian


Putri Salat Durian
*****************
"Bukan seindah nama, malah ianya sesedap rasanya. Kaya dengan
rasa lemak durian yang membangkitkan selera bagi yang sememangnya
amat gemar pada buah jenis ini.
Sangat sukar untuk di nikmati di gerai di luar sana. Sekiranya
ada sekalipun, rasanya belum tahu menepati citarasa sendiri. Lalu, mengambil
keputusan untuk melakukannya sendiri. Bukan pertama kali membuatnya.
Putri Salat Durian ini juga amat enak untuk di nikmati ketika
dingin. Masukkan seketika di dalam peti sejuk sebelum memotongnya. Anda akan
mendapati ianya tak pernah cukup dengan sekeping kuih Putri Salat Durian
ini!"

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, August 2, 2009

Pastri Choux Berinti Kentang Telur




Pastry Choux Potato With Egg



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Pastri Choux Kari Paf

(Pastri Choux yang di taburi herba)

(Siap di susun rapi di dalam kotak)

(Harumannya pasti membuka selera anda untuk menikmatinya begitu sahaja!)


( Boleh di isi dengan pelbagai inti mengikut apa yang anda inginkan!)


(Pastri Choux Curry Puff)


Berintikan kari daging dan sebiji tomato yang segar, ia sudah cukup membuat pastri ini begitu enak untuk di nikmati. Tidak cukup dengan sekeping, anda pasti ingin menikmatinya berulangkali.
Dengan bentuk saiznya yang comel,ianya kelihatan amat menarik sekali. Begitu sesuai untuk di buat minum petang mahupun untuk majlis-majlis keramaian.. Pastri jenis ini mempunyai tekstur yang ringan lembut berserta rongga di dalam. Isikan apa sahaja di dalamnya yang menjadi kegemaran anda, Insya'Allah..pastinya ia tidak akan mengecewakan.


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™