CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, May 29, 2009

Kek Span Coklat

Kek Span Coklat

Bukan mudah membuat sesuatu jika ianya tidak dengan resipi yang khusus. Tidak semudah muat turun atau salin sahaja resipinya ke dalam nota anda bagi rujukkan dalam membuatnya.

Ini adalah kali ketiga aku cuba membuatnya tanpa ada resipi yang khusus dalam membuatnya seperti lazimnya. Aku buat dan terus buat lagi tanpa mengenal putus asa. Aku buat 'homework' sebelum aku mencuba lagi dan lagi.

Dan hasilnya, Allahamdulillah sesuatu yang tidak mengecewakan. Keknya gebu dan lembut sekali. Aku mampu tersenyum puas, walau harus membuatnya berulangkali.


Sesuai di buat kek kelahiran, ianya tidak begitu manis. Dan yang paling penting...anda pasti tidak akan cukup dengan sekeping kek span coklat ini!



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, May 19, 2009

Tauhu Berisi Ikan




Tauhu Berisi Ikan ini ada penggemarnya tersendiri. Membuat isi ikan sendiri ternyata lebih enak dari anda membelinya secara instant. Anda hanya perlu mendapatkan isi ikan yang segar bagi membuat isi ikan untuk tauhu ini.
Ternyata ianya lebih enak, bila anda siap menggorengnya. Cicahlah dengan apapun pastinya ianya menyelerakan. Yang pasti, anda akan terlupa untuk menoleh ke belakang tatkala menikmati kepingan tauhu ikan ini!



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, May 18, 2009

Sambal Sotong Hotplate

Sambal Sotong Hotplate

Hidangan yang segar. Sesuai di makan dengan nasi putih. Inilah hidangan kami kali ini. Ianya cukup enak untuk di nikmati. Bersama sotong yang segar di potong ikut citarasa sendiri. Di masakkan dengan sambal. Kemudian di alasi dengan kocokkan telur di hotplate.

Ianya sungguh menyelerakan, sesuai bagi seisi keluarga yang penat pulang dari sekolah mahupun bekerja.

Untuk anda...yea anda...Selamat menjamu mata!:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, May 17, 2009

Char Kuey Teow


Char Kuey Teow
***************
Sepinggan Char Kuey Teow belum tentu cukup bagi si penggemarnya. Enak di nikmati tatkala masih hangat. Bertambah lagi dengan rasa sayur-sayuran yang segar dan rangup
membuatkan ianya tidak akan pernah cukup dengan sepinggan sahaja!
Hidangan yang ringkas ini cukup di gemari oleh kami sekeluarga. Ringkas, mudah membuatnya. Dengan keharuman bawang putih dan halia, Char Kuey Teow ini begitu menggamit selera untuk di nikmati!:-)

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, May 15, 2009

Brownies..Oh..Brownies!


Anda penggemar coklat?
Oops!Tunggu dulu...anda harus timbang berat badan anda terlebih dahulu sebelum menikmat sekeping brownies yang kaya dengan rasa coklat ini!
Melainkan jika anda memang tidak punya pantang segi kesihatan atau sebagainya lalu silakan laaa..:-)
Usah lupa bawa tisu bagi yang memang menjaga diet . Bukan apa, bimbang nanti ngences..basah keyboard anda!:D
Untuk itu ku bawa tempahan brownies ini bagi tatapan anda! Awas..usah di pandang lama-lama...:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, May 14, 2009

Yang Putih Itu Indah




Yang putih itu selalunya melambangkan kesucian, padankanlah dengan apa sahaja warna, pastinya ia nampak terserlah.
Masih lagi dengan kek cawan yang comel ini. Sesuai untuk majlis keramaian atau mungkin sekadar buah tangan bagi teman-teman.
Ayuh..kita kongsi bersama gambar kek cawan,tempahan yang telah ku terima
dari seseorang. Terimakasih tidak terhingga di atas segala kepercayaan yang telah di beri. Terimakasih sekali lagi kerana memilih Simply D'Lite bagi menyerikan hari anda..:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, May 12, 2009

Enaknya Kek Lobak Merah!

"Best Carrot Cakes"
Sejenis kek yang agak berat dan padat, namun mempunyai rasanya yang tersendiri.
Bagi penggemar kek lobak merah ini..tentu sekali sangat prihatin akan tekstur kek itu sendiri. Pelbagai resipi, pelbagai cara dan pelbagai rasa yang ada bila kita membuat kek lobak merah ini.
Tidak mudah untuk menikmati sekeping kek lobak merah yang sedap bagi memenuhi selera kita.
Tidak semua yang di buat itu semudah seperti kita menikmatinya. Tidak semua yang di buat itu semestinya sedap. Lalu pengalaman mengajar cara-cara membuat kek yang lebih baik dan bermutu.
Lalu di sini, ku kongsi gambar kek lobak merah ini untuk anda.
Selamat menjamu mata..:-)

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, May 11, 2009

Carrot Cakes CC D'Lite



Sudah lama tidak mengambil tempahan bagi cupcakes. Sudah lama tak menikmati cupcakes ku sendiri..:-) Dan semalam, aku menerima panggilan berserta tempahan yang di buat oleh seorang pengunjung blog ku ini. Biasanya aku memang tidak mengambil tempahan pada saat terakhir. Tetapi memandangkan pelanggan yang seorang ini agak lama ingin menempah manisan dariku..akhirnya ku terima juga dengan berserta syarat ia itu self collection.


Mulanya aku rasa agak rumit..maklumlah da agak lama aku sepi dari buat cupcakes, mentelah lagi kek yang di mahukan merupakan carrot cake. Kesempatan yang ada ku cari resipi dalam salinan buku resipiku. Bukan mudah sebenarnya....namun Allahamdulillah..akhirnya terlaksana.

Terimakasih pada Puan Marshila atas kepercayaan yang di beri. Terimakasih kerana memilih Simply D'Lite. Semoga manisan ini dapat menggembirakan hati anda sekeluarga.
Untuk anda..Jom Cuci Mata!



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, May 6, 2009

Pulut Kuning In CC


So Simple!
Bagi yang ingin merasa pulut kuning kami, namun tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Di sini Simply D'Lite membawanya khusus bagi anda yang ingin menikmatinya.

Dengan lapisan rendang daging atau daging cincang berserta serunding,kami lapiskan dengan pulut kuning yang lembut dan harum. Kami taburi lagi serunding di atasnya dan kami hiaskan dengan sebiji buah tomato atau telur puyuh. Di dalam bekas cawan kertas..ianya amat ringkas bagi yang ingin menikmatinya. Anda boleh menikmatinya dengan mencuci mata dengan gambar yang kami kongsi.:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Pulut Kuning Seri Mawar







PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, May 4, 2009

3 Tier Pulut Kuning






Tarikh: 03hb Mei 09
Jam: 11.00 pagi
Tempat: Blk 891A,Tampines Avenue 8
Ribuan terimakasih buat Puan Zuraidah sekeluarga bagi memberi kesempatan untuk kami menyerikan majlis anda. Dan terimakasih sekali lagi bagi segala kepercayaan yang telah di beri sehingga segalanya berjalan dengan baik dan sempurna.
Terimakasih kerana memilih Simply D'Lite.

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™