CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Monday, April 27, 2009

Curry Puff Pastry

Kari Paf Pastri ataupun Curry Puff Pastry dalam bahasa Inggeris.
Pastri paf ini mempunyai lapisan-lapisan yang rangup dan halus. Ianya memerlukan masa untuk memproses pastri ini agar ianya kelihatan berlapis-lapis serta rangup.

Bukan pertama kali membuatnya..sudah berulangkali. Setiap kali membuatnya...setiap itu ada sesuatu yang baru yang perlu di pelajari. Setiap kali bermain dengan pastri ini, setiap itulah aku menginginkan agar pastri ini menjadi sesuatu yang lembut dan rangup bila di nikmati.

Lalu setiap proses awal membuatnya seringkali bertemu kegagalan. Namun, putus asa bukan amalanku. Buat dan terus buat...akan menghasilkan pastri yang benar-benar enak di makan. Bukan sahaja boleh di olah pelbagai rupa malah begitu juga dengan rasa. Lalu untuk itu, ku kongsi bersama di sini Curry Puff D'Lite. Khusus buat anda..:-) Jemput, Yuk!:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, April 26, 2009

Chapati Ayam Masala

Sejenis makanan orang-orang Pakistan mahupun India. Begitu terkenal juga di Kota Singa yang pesat ini. Di perbuat dari tepung atta. Sedap di makan dengan keema dan sayuran yang di potong halus dan kecil. Makan dua keping sahaja sudah cukup mengenyangkan.

Inilah hidangan di rumahku pada hari ini. Sebagai pengganti nasi, chapati sangat enak di makan tatkala panas-panas. Di makan dengan ayam masala. Isikan dalam kepingan chapati lalu gulung rapi atau lipat dengan cermat. Kemudian terus ngap! Ayam masala ini tidak mempunya lelemak santan, Ianya sangat berkhasiat dan sesuai di makan bersama chapati. Tak percaya? Cuba laa...dengan izin-Nya gerenti enakk..:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, April 21, 2009

Enaknya Epok-Epok

Epok-epok ada pelbagai inti, cara dan resipi yang berbeza. Setiap di antara kita membuatnya dengan cara yang berbeza. Mengikut selera masing-masing.



Di luar sana ada yang membuat kulit epok-epok itu sendiri begitu tebal. Ada yang gemar guna minyak sapi, mentega atau sebagainya.
Terserah masing-masing, tiada had dalam menentukan kesedapan kulit dan inti epok-epok itu sendiri.

Namun, jika di tanya pada seleraku.., aku seorang yang gemar makan epok-epok yang jenis kulitnya tipis serta rangup...dan isinya padat!


Tetapi, mana nak dapat di luar sana yang jual epok-epok isinya padat?Mungkin ada...tetapi sukar sekali untuk mendapatkannya.
Dan pada hari ini, aku membuatnya sendiri setelah sekian lama tidak membuatnya. Allahamdulillah...sedapnyaaa tidak terkira. Sesuai dengan selera aku.

Berkali goreng..berkali itu juga kena ngap! Letak sahaja hilang.Bukan memuji buatan sendiri, tetapi harus ku akui...jika ingin makan enak...harus rajin ke dapur untuk melakukannya sendiri.
So hari ini...aku jamu epok-epok kentang. Makan masa hangat-hangat...wallaaa...sedap! Kulitnya tipis dan rangup...bila di simpan hingga ke petang kulitnya masih 'maintain' cantik aje.


Anda takkan dapat di mana-mana kedai...ianya hanya boleh di dapati di dapur kecil Simply D'Lite!Tak percaya? Cubalah datang bawa piring anda..hehe..



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, April 17, 2009

Ban Serunding Daging

Sebenarnya bila ke kedai roti yang mendapat sijil halal, aku kepingin nak makan chicken floss bun mereka. Tetapi bila tiba ke kedai tersebut, aku keberatan sungguh untuk membelinya. Jangan di tanya mengapa...aku tiada jawapannya. Namun, bila mood membuat roti masih ada, aku terpandang serunding daging yang aku beli semasa ke Kota Bahru. Mengapa tidak gunakannya sebagai pengganti chicken floss?
Aah....Syukur Allahamdulillah...memang tidak mengecewakan! Rasa serunding daging itu sendiri begitu sedap..apatah lagi jika ia di tabur di atas roti. Nyummy!
Cukup berbaloi membuatnya sendiri. Lalu untuk hari ini, roti juga menjadi pilihan hati...:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, April 14, 2009

Kari Udang Ala Madras


Kari Udang Ala Madras
*************************

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, April 13, 2009

Roti Pita

"Bila masa aku ingin menikmatinya..aku akan buat!"
Kurang percaya? Sudah hampir setahun aku tidak membuat roti....apa jenis roti sekalipun...aku memang da lama tinggalkan! So, bila kempen mogok nasi sudah bermula di rumahku..roti jugalah yang menjadi pilihan..:-)
Bila aku naikkan papan canai ke atas kabinet...mula menabur tepung, dua pasang mata tertumpu pada apa yang aku buat...! Memandangkan nasi tidak menjadi pilihan, aku buat roti pita. Aku sengaja buat lebih..tujuannya mudah..agar aku dapat simpan di dalam petisejuk. Bila terasa nak makan dengan isi ayam atau apa sahaja....hanya tinggal perlu panaskan sahaja. Mudah dan segar lagi.

So, untuk anda yang gemar pada roti jenis ini, ianya amat sesuai di makan dengan kebab dan sebagainya. Sesuai pengganti nasi dan begitu mengenyangkan. Anda perlu mencubanya...sedappp!



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, April 7, 2009

Bubur Kacang Sagu

Sejenis pencuci mulut yang enak untuk di nikmati. Kacang hijau yang di rebus bersama biji sagu, menambahkan lagi kelazatannya.
Bila sesekali terasa ingin menikmatinya, pasti akan ku buat bagi hidangan sekeluarga.

Amat di gemari dalam kalangan keluarga. Bertambah pula rasanya lemak, wangi daun pandan serta si manis gula merah. Usah lupa secubit garam bagi mencukupi rasanya. Enak juga bila dapat menikmati bersama roti prancis. Cicahkan sedikit lalu ngap! Pasti anda tak perasan jika ada yang menjeling melihat ke dalam mangkuk Bubur Kacang Sagu milik anda!
Slurrrppp!:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, April 6, 2009

Ekonomi Bi Hun Goreng

Ekonomi Bi Hun Goreng
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitu terkenal di Compasspoint Banquet. Dengan harga yang agak murah, bi hun goreng ini sesuai makan dengan apa sahaja. Begitu di gemari dalam masyarakat tionghua. Di goreng dengan minyak bawang putih....membuat bi hun ekonomi ini begitu harum.
Untuk kali ini, aku nikmati bi hun ekonomi ini di ruang dapur kecilku. Makanan jenis ini memang begitu simple sekali. Hanya dengan sayur taugeh dan anak udang kecil-kecil...hidangan ini sudah cukup memenuhi perutku yang keroncong..:-)
Selamat Menjamu Mata..:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, April 5, 2009

Mango Black Sesame Cake

Mango Black Sesame Cake

Sudah beberapa bulan ku tinggalkan dunia kek...kali terakhir adalah pada awal bulan februari. Itu yang terakhir. Selepas itu ketuhar di dapur kecilku ikut turut istirehat..:-) Tidak tahu mengapa...selera bukan ke arah itu. Bertambah pula perlu juga menjaga kesihatan diri dari kadar kandungan gula yang adakalanya kita nikmati telah melebihi yang seharusnya.

So untuk kali ini kek mangga bijan hitam menjadi pilihan. Teksturnya yang supersoft membuat kek ini begitu enak untuk di nikmati. Yang pasti..ianya tidak terlalu manis. Berperisa mangga serta di taburi taburan bijan hitam.

Sesuai bagi yang menggemarinya. Sesuai juga bagi hidangan minum petang untuk keluarga serta tetamu.


Kehalusan kek ini tidak perlu di ragui. Anda boleh sahaja menghiasnya mengikut pilihan hati anda. Yang jelas, ianya pasti menggamit selera anda dan keluarga..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, April 2, 2009

Acar Buah Manis

Acar Buah Manis

Sesuai dengan selera yang gemar akan acar buah ini. Sedap di makan bersama Nasi briyani mahu pun nasi biasa.

Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda sendiri. Dengan menggunakan jeruk manis yang segar. Acar buah ini begitu lazat untuk di nikmati.Memandangkan aku telah berjanji untuk membuatnya sendiri..di sini Allahamdulillah....aku telah melaksanakannya.


Hasilnya sangat memuaskan dan berbaloi.
Anda ingin sepiring acar buah manis?:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™