CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Thursday, March 26, 2009

Beginikah Rasanya?

Seringkali terlupa untuk mencatitnya di sini. Seringkali..bukan sekali dua tetapi berulangkali.


Sehingga ada di antaranya yang sms bertanya ,mengapa compliment yang di beri tidak di sertakan di sini? Kenapa dan mengapa....adakala di rasakan tidak perlu. Cukuplah sendiri mengetahui.., namun berbeza dengan pelanggan yang dihargai.



Dan untuk itu, kami menghargai segala maklum balas yang di beri. Yang mana kurang kami baiki, yang mana baik kami baiki dengan lebih baik lagi. Insya'Allah.




Ku tukil sedikit maklumbalas yang diberi tentang pulut kuning yang di tempah oleh pasangan Nurharyati dan Izhar Helmi. Maklum balas yang di beri oleh ayahanda mempelai.


"Boleh complaint sikit?"tanya ayahanda mempelai semasa menikmati pulut kuning ini.


"Boleh..."jawabku dengan degupan jantung yang berdebar.


"Pulutnya memang lembut dan rasa macam gini ke?"tanyanya lagi memandangku.


"Yea saya..memang begini.."jawabku perlahan.


Aku masih lagi dalam tahap ingin tahu. Kenapa ekk?Tak kena selera ke? Pulut rosak ke?Hatiku terus berkata-kata.


"Jika rasanya begini..memang sedap! Pulutnya lembut,terasa lemak dan wanginya. Rendangnya pun begitu. Bau dan rasanya sedap.Bagus!"Kata pakcik itu, sambil angguk-anggukkan kepalanya.


Bukan seorang dua tetapi ramai yang memberi maklumbalas yang sama.


Saat itu kuntuman senyuman lega mula memancar. Bukan mudah memikat selera orangramai.


Allahamdulillah..aku bersyukur. Thanks to pasangan mempelai ini di atas segala kepercayaan yang di beri. Dan thanks kerana memberi kesempatan Simply D'Lite meraikan hari berbahagia anda...:-)





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Saturday, March 21, 2009

Tepung Gomak

Sudah seminggu lebih berehat dari memasuki dapur.
Berhenti dari buat itu ini. Dan kini hujung minggu tiba lagi, bererti masa berehat sudah tamat.
Cuaca yang dingin di luar rumah, membuat perut yang keroncong perlu di isi...:-)

Tiada apa yang istimewa kali ini..hanya sekadar membawa anda pada kuih melayu orang kita.
Masih ingin terus menerokai kuih muih zaman kanak-kanak, di mana kuih ini begitu di kenali di kalangan orang-orang lama. Not sure, anak-anak sekarang gemar atau tidak kuih ini.

"Anak ikan si ikan keli,
Di bela orang di dalam perigi,
Kuih melayu si kuih asli,
Tepung Gomak nama di beri..."

Tepung Gomak - kuih yang di perbuat dari tepung pulut berinti kacang hijau serta di saluti dengan kacang hijau tanpa kulit, di mana ianya telah di proses menjadi tepung.

Lembut sungguh kuih ini, begitu enak untuk di nikmati bagi mereka yang memang menyukai kuih jenis ini. Dengan tanpa berpandukan resipi tertentu, aku gigihkan diri membuatnya bagi minum petang. Allahamdulillah....tiada berbaki lagi untuk di simpan. Ternyata kuih lama ini mempunyai rasanya yang tersendiri...Anda setuju?Tepuk dada tanya selera anda..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, March 11, 2009

Cuti Rehat,Yuk!

Sibuk kebelakangan ini membuat diri terasa begitu meletihkan. Lalu sekali sekala perlu juga merehatkan badan dan minda...:-) Sesekali perlu biarkan dapur tidak berasap...:-)


Tinggalkan segala barang seketika bagi merehatkan diri dengan bercuti. Kali ini bercuti dari berada di dapur tetapi perut masih juga tidak boleh terus bercuti. Sambil jalan-jalan ke tempat orang.......sambil itu juga kita jalan-jalan cari makan....:D

Lalu, Simply D'Lite berehat barang seketika bagi segala tempahan, posting. Namun, jika masih ada pertanyaan yang ingin anda ajukan...usah keberatan untuk menghubungi saya di e_mail yang tertera di atas sebelah kanan anda.
Untuk pengunjung Simply D'Lite..terimakasih atas kunjungan anda, untuk pelanggan Simply D'Lite...terimakasih atas segala sokongan serta kepercayaan yang telah anda berikan.
Pada yang mungkin akan bercuti panjang sempena kanak-kanak cuti sekolah. Selamat bercuti..Selamat pergi dan Selamat Kembali...:-)

Salam Manis Dari Simply D'Lite!

Monday, March 9, 2009

Pulut Kuning Mahsuri




Pulut kuning yang wangi serta terasa lemaknya di isikan di dalam cecawan comel ini.
Berintikan rendang daging dan serunding udang kering, ternyata keenakkan pulut ini tidak perlu di ragukan.
Hiasi dengan kentang lecek, cherry tomato serta dedaunan parsley yang segar pastinya ia akan menjadi lebih menarik pada yang menyukai..:-)
Jika anda ingin melihat pelbagai pulut kuning, sila klik di sini dan jika perlu tinggalkan komen anda agar dapat kami jejaki sebarang maklum balas dan pertanyaan anda.

Terimakasih.

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Pulut Kuning Selembut Kasih

Menerima tempahan dari luar kota singa ini,bukan sesuatu yang mudah. Segalanya perlu di lakukan dengan hati-hati. Perlu menjaga waktu yang di janjikan dengan tepat! Dan tentu sekali yang utama dan terutama kondisi pulut itu sendiri mestilah dalam keadaan yang sangat baik. Mutu yang masih terpelihara.

Kerana itu, bila menerima tempahan ini membuatku berfikir berulangkali. Namun, kerana kesungguhan pasangan mempelai ini menginginkannya...rasa tak sampai hati pula untuk menolaknya.
Dan kini berkongsi gambar pulut kuning yang sempat di rakam pada hujung minggu lalu. Tempahan yang di terima dari Johore Bahru untuk majlis perkahwinan Nurharyati dan Izhar Helmi.




Kombinasi antara warna terang dan lembut membuat pulut kuning ini begitu menyerlah.
Terimakasih tidak terhingga pada pasangan ini di atas kesudian serta kepercayaan yang telah di beri sepenuhnya.




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, March 3, 2009

Lazatnya Lontong

" Lontong..Lontong......mari kita makan lontong.."
Lontong sejenis makanan orang melayu kita yang sangat di gemari terutama bila tiba hari raya.
Lontong nasi itu sendiri sebenarnya merupakan beras yang di salut dalam gulungan daun pisang dalam tin lalu di rebus dalam beberapa jam. Bila siap di rebus, sejukkan lalu potong mengikut yang anda suka.

Lontong nasi sering di makan bersama kuah lodeh yang merupakan sayur-sayuran dan tauhu. Ada juga yang telah di pelbagaikan mengikut yang disukai. Usah lupa pada telur rebus, sambal tumis dan serunding dan bergedil. Dan masihku ingat semasa dulu tinggal di kampung, di mana ada seorang wak aji menjual lontong. Lontongnya sangat sedap, bertambah pula ada tempeh yang mana di goreng tipis dan rangup. Lalu di patah-patahkan dan di taburkan ke dalam lontong itu sendiri.

Ternyata, sehingga kini lontong begitu di gemari..bukan sahaja pada orang kita malah di kenali pelbagai bangsa. Kuah lodeh itu sendiri,jika di masak dengan sempurna..rasanya memang sedap.

Kini lontong boleh di nikmati di mana-mana. Tak perlu tunggu hari raya atau sebagainya. Nasi empit juga sesuai di makan bersama kuah lodeh sebagai pengganti lontong nasi.

Namun sesuatu yang tak dapat kita perolehi di luar ialah bila kita mampu memasaknya sendiri. Iaitu kelazatannya. Ternyata memasak sendiri kuah lodeh lebih enak dari kita menikmatinya di luar. Sayur-sayuran lebih segar dan menarik. Tak percaya? Cuba laa....tak perlu menunggu lama untuk menikmati sepinggan lontong yang segar dan enak...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™