CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, January 30, 2009

Mandarin Orange Tart's


Bahang perayaan tahun baru tionghua masih terasa. Dan kerana perayaan inilah kami terikut sama membuat tart yang bertemakan buah limau.

Tart yang sememangnya berperisa buah limau ini memang enak untuk di nikmati.
Memandangkan baki limau masih bersisa di ruang dapur. Lalu terciptalah tart limau ini.

Rasanya yang lemak masam manis ini...cukup membuat tart ini begitu istimewa. Dengan parutan kulit limau..tart ini sememangnya kaya dengan rasa limau. Dari buah limau terbiar begitu sahaja...apa kata kita buat tart limau...sesekali kita tukar selera pada sesuatu yang tidak memuakkan.




Lalu, apa lagi...jemput jamu mata..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, January 27, 2009

Minum Petang..

Ayuh...Minum Petang!




Hari cuti umum merupakan hari keluarga bagi sesetengahnya. Namun selain itu, hari cuti umum juga hari yang menyatukan di antaranya untuk menjamu selera bersama.

Dan kerana itu, ku hidangkan keluarga untuk minum petang dengan kepingan-kepingan kek yang lembut. Di taburi buah-buahan di dasar kek..membuatkan kek ini begitu enak terasa.


Ianya membuat anda tidak pernah cukup dengan hanya sekeping kek..:-) Dan di basahi pula tekak anda dengan secawan teh 'o' panas. Pasti menyelerakan..:-)





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Saturday, January 24, 2009

Pulut Kuning Cenderawasih

Masih lagi dengan Si Pulut Kuning...
Terimakasih bagi anda yang memilih Simply D'Lite..:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Indahnya Seri Pulut Kuning

Tiada apa yang ingin di perkatakan...hanya satu sahaja iaitu,
SimplyD'Lite membawa anda bagi mengongsi segala gambar yang sempat di rakam...:-)

Di hias indah mengikut kesesuaian. Namun kombinasi warnanya begitu menyerlah..:-)
Selamat Mencuci Mata..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, January 21, 2009

Laksa Goreng Selasih

Laksa Goreng Selasih
*********************
Sedap rasanya bagi yang memang gemar pada rasa dan bau dedaunan selasih dan kesum yang segar. Sesekali tukar selera apa salahnya. Kerap kali asyik di hulur sepinggan mee goreng kuning, sekali ini kita tukar selera pada mee laksa.
Ada yang tak biasa makan mee laksa goreng, tapi anda harus mencubanya. Tidak cuba pastinya kita tidak tahu.
Tapi bagi keluargaku, ianya amat sesuai dan amat di sukai. Allahamdulillah...selesai dan licin hidangan laksa goreng selasih ini..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N
enjoyz!

Monday, January 19, 2009

Puff vs Tart's

Custard Cream Puff
********************

________________________________________________________

Mini Blueberry/Strawberry Cheese Tart
**************************************

Di antara hidangan minum petang yang sempat gambarnya kami rakamkan.
Selamat Mencuci Mata..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Pulut Putih Sambal Daging Kerisik.



Untuk sekali ini, Simply D'Lite mengajak anda sekadar mencuci mata dengan berapa gambar yang telah kami rakamkan semasa jamuan minum petang pada hujung minggu yang lalu.
Tarikh: 17th Januari 2009
Jam: 4.40 hingga 6.45 petang.


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, January 13, 2009

Mee Siam

Erghh...mee siam? Salah satu makanan yang 'bukan' dalam senarai pilihanku.
Pernah berapa kali di tanya dan di tegur, semasa menjamu selera di luar.
"Tak makan mee siam ke?"
Tak pernah nampak you makan mee siam.."
"Tak suka mee siam ekk?"
Namun, tika itu yang mampu di lakukan ialah menggeleng-gelengkan kepala berulangkali..:-)
Entah..tidak tahu mengapa, jika menjamu selera di luar,mee siam memang bukan menjadi pilihan. Ini kerana rasa yg terlalu masam serta tauconya. Dua bahan utama yg harus ada dalam mee siam. Jika takde rasa masam mahupun tauco..memang tak 'kick'!:-)

Oleh kerana kurang meminati...so memang agak lambatlah untuk membuatnya..:-)Tetapi adakala kita tidak boleh memikirkan diri serta selera kita sendiri. Oleh kerana, seisi keluarga yang lain amat meminati mee siam. Lalu tidak akan dihampakan keinginan mereka. Kami menjamu selera dengan mee siam hasil masakan sendiri. Dan ternyata...ianya lebih 'uummphh'...dari di beli di luar.(Ini bukan kes masuk lift tekan sendiri ekk..hehe..) dan bersesuaian dengan selera sendiri....hingga setiap seorang memakannya hingga tiga pinggan!Huh?..betullll...agaknya itu la penangan orang tak suka makan mee siam!:p...memang sedapp!

Allahamdulillah..




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Saturday, January 10, 2009

Kuih Bakar Berlauk

Kuih Bakar Berlauk
~~~~~~~~~~~~~~~~


Berkongsi gambar yang sempat di snap..:-) As per request, kuih bakar ini di buat bagi hidangan minuman petang. Sekejap sahaja semuanya dah selesai. Rasanya yang agak pedas, dengan rasa rempah daging membuat hidangan ini di sukai oleh empunya diri yang minta di buatkan kuih jenis ini. Di isi dengan sedikit daging kisar dan juga isi udang..serta di harumi pula dengan sedikit daun saderi dan bawang goreng. Ingin pedas?Tambahkan pula dengan cili padi!
Pastinya sedap, bila di makan hangat2!

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, January 8, 2009

Kuih Kaswi

Fresh From D'Loyang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kuih kaswi sejenis lagi kuih orang melayu kita. Tetapi pada hari ini ada yang telah pelbagaikan resipi dan cara membuat kuih kaswi ini.

Begitu juga dengan kita yang mempunyai selera yang pelbagai. Merata tempat makan kuih kaswi jenis ini, namun boleh di kira dengan jari hanya segelintir sahaja yang kuih kaswinya benar-benar sedap.

Oleh kerana itu rasanya lebih sesuai membuatnya sendiri jika punya masa kelapangan. Rasanya yang lemak manis..di saluti dengan kelapa yang di taburi garam secukup rasa.



Walau apapun kuih melayu ini masih menjadi pilihan hingga ke saat ini. Sesuai dibuat untuk minum petang bersama keluarga.










PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, January 7, 2009

Apple Strudle

Apple Strudle ~ akhir sekali makan apple strudle ini pada tahun 1990-an dulu. mengambil masa lebih sepuluh tahun untuk menunggu hati terbuka untuk membuatnya sendiri.
Allahamdulillah, akhirnya ianya memanggil untukku melakukannya sendiri di dapur kecilku.

Dan tentu sekali proses membuatnya agak memakan masa. Serta dengan kesabaran yang ada...awal pagi dapurku sudah mulai berasap.
Siap buat inti bagi strudle ini.


Dan kulit pastry ini pastinya ku buat sendiri berbanding dari ambil jalan dengan membeli yang jenis instant. Mungkin lain orang lain seleranya. Dan bagiku membuatnya sendiri sudah tentu menghasilkan kepuasan yang terserlah!



Sangat enak menikmatinya tatkala agak hangat. Anda harus cuba menikmati strudel jenis ini, Pastinya anda tidak akan pernah cukup dengan sekali gigit!:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, January 6, 2009

Bekas Comel


Simply D'Lite membawa ukuran bagi bekas tempat pulut kuning khusus bagi kemudahan anda yang mencari sesuatu yang comel, ringkas dan mudah untuk para tetamu sebagai berkat atau sebagainya.
Kami juga menggunakan acuan cupcakes dengan pelbagai saiz bagi mengisi pulut kuning mengikut permintaan dengan harga yang berbeza.


Jika anda ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya melalui email Simply D'Lite
Terimakasih.




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™