CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Wednesday, December 31, 2008

Blueberry Cheese Tart's

BlueBerry Cheese Tart's
~~~~~~~~~~~~~
Penutup tirai dairi masakan 2008!
Sedikit manisan yang sempat dibuat bagi santapan keluarga.
Blueberry Cheese Tart's rasa kaya dengan lemak kekeju berserta dengan rasa manis blueberry.
Sesuai bagi yang meminatinya.
Ianya juga sesuai di hidangkan bagi minum petang atau dalam majlis-majlis tertentu. Boleh di dapati di mana-mana kedai bakeri tetapi tentu sekali tidak sama kepuasan serta mutunya bila anda melakukannya sendiri!
Dari itu, 2008 sudah tiba pada penghujungnya dan Blueberry Cheese Tart's ini menjadi pilihan penutup dairi dunia masakanku tahun ini.
Untuk anda pengunjung serta pelanggan lelaman ini, Simply D'Lite ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terimakasih di atas segala kepercayaan serta sokongan yang di beri selama ini. Tanpa anda dengan izin-Nya, tidak mungkin Simply D'Lite berada di sini.
Salam Ma'al Hijrah 1439H Serta Selamat Tahun Baru 2008!






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, December 30, 2008

Pulut Kuning Sri Mahligai

Pulut Kuning Sri Mahligai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Masih lagi dengan koleksi pulut kuning. Pulut kuning ini khusus untuk raja sehari.
Menambah seri di meja makan bagi pengantin makan beradab.
Terimakasih kerana memilih Simply D'Lite bagi menyerikan majlis anda.

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, December 29, 2008

Pulut Kuning D'Bayu

Pulut Kuning D'Bayu
*********************

Koleksi Pulut Kuning D'Bayu di bawa buat tatapan anda dari Simply D'Lite.
Dengan lapisan antara pulut dan rendang daging, serunding serta di hiasi dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian yang di inginkan.
Ianya begitu ringkas dan memudahkan kerja anda khususnya yang terlalu sibuk untuk melayan tetamu di dalam majlis anda.
Sila lihat ukuran bekas comel ini di sini untuk rujukkan.


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Pulut Kuning D'Citra

Pulut Kuning D'Citra
**********************

Koleksi Pulut Kuning dari Simply D'Lite.
Pulut Kuning D'Citra di beri nama...bersama tema yang di bawa, pulut kuning ini bukan sekadar indah di pandangan mata, malah ianya bersesuaian dari segi rasa.
Sila lihat ukuran bekas comel ini di sini untuk rujukkan.




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Kuih Bakar Serikaya

Kuih Bakar Serikaya
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masih lagi dengan sajian minum petang iaitu kuih bakar serikaya.

Kuih bakar ini yang begitu kaya dengan rasa lemak dan telur. Begitu lembut bila di nikmati.



Berserta dengan rasa rangup pada bahagian kulit luarannya. Pasti di gemari kuih melayu ini oleh sesiapa yang sememangnya menggemari kuih bakar ini.


Sesuai untuk keramaian atau hidangkan sahaja pada waktu minum petang. Pasti menyelerakan..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, December 22, 2008

Kuih Bakar Pandan Asli

Kuih Bakar Pandan
~~~~~~~~~~~~~~~~
Masih juga dengan sajian minum petang. Sudah lama mencari kuih bakar seperti ini. Oops! bukan tiada di jual di luar sana. Ada..memang tidak dapat di nafikan, tetapi percayakah anda jika ku mengatakan bahawa kenikmatan untuk makan kuih yang di jual di gerai bagai sudah tiada lagi? Entah ke mana hilang lazatnya kuih-muih melayu yang di jaja di sana sini.
Sungguh rasa kehampaan begitu jelas sekali, sama ada kuihnya rasa tepung semata atau kuihnya indah 'rupa dari rasa'!

Tapi adat membeli...sedap tidak sedap makan sahajalah..:-) Tapi sejak kebelakangan ini ku rindu kuih bakar pandan asli yang di taburi bijan. Dulu sering ku nikmati kuih yang enak ini di jual di perkarangan masjid-masjid tertentu. Tapi kini ku berusaha membuatnya sendiri.


Allahamdulillah..menjadi dengan baiknya. Rasa yang cukup lemak manis serta garing kulitnya membuat anda tidak pernah cukup dengan memakan sekeping sahaja. Nikmati kuih bakar ini dengan secawan teh'O' panas......pasti seleraaa!:-)







PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, December 21, 2008

Egg Basil Mousse Tart's

(Sebelum di masukkan ke dalam ketuhar)
Hari Ahad yang sangat santai.....
Allahamdulillah..dengan di temani angin sepoi-sepoi bahasa seharian ini cukup membuat hari ini merupakan hari-hari yang tenang.

(Sesudah di bakar)

Dalam masa-masa beginilah...aku gemar berada di dapur bagi menyajikan minum petang buat keluargaku. Dan kali ini, pilihanku adalah membakar dan merebus. Tiada manisan yang biasa di buat..:-)Dan sesekali ianya juga sejenis cemilan yang simple sekali. Dengan sekali 'ngap', cemilan jenis ini begitu cepat untuk di habiskan. Sebab ianya sangat comel..:-)

(Inti yang sedikit pedas dan rasa lemak)

Egg Basil Mousse Tart's - menarik serta seronok dalam menyiapkannya.:-) Di perbuat dari jenis pastri, di bakar hingga rangup lalu di intikan pula dengan telur yang telah di campur dengan beberapa jenis spice.

(Sangat sesuai untuk sajian minum petang)

Semasa membakar pastri ini..haruman daun herbal ini cukup memikat selera..sesuai bagi yang memang gemar bau-bauan dedaun jenis ini.

Sesekali mengapa tidak kita bertukar selera? Ianya begitu enak di nikmati, bertambah di lakukan dengan rasa senang hati..membuat sajian seperti ini begitu bererti...:-)

Oops! Usah lupa secawan teh 'O' pandan yang panas! Slurpp...:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, December 18, 2008

Kek Buah Kekacang

Berkongsi gambar kek buah kekacang versi bakar yang sempat di buat pagi tadi.

Rasanya yang masam manis membuat kek jenis ini tidak rasa muak.
Di sulami dengan kekacang gajus yang rangup membuat kek begitu enak untuk di nikmati.




Kek jenis ini perlu di simpan semalaman sebelum memotongnya. Pasti ianya akan menjadi lebih lembut untuk di nikmati. Bagi anda penggemar kek jenis ini,

Selamat menjamu mata..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, December 16, 2008

Shepherd's Pie

Shepherd's Pie

Bila ingin melakukannya, menikmatinya..adakala tak perlu tercari-cari resipi mana yang perlu di ikuti. Segalanya hanya perlu di dapati dari apa yang ingin di nikmati lalu ianya bakal mencetuskan ilham yang di miliki.
Lapisan kentang bersama inti daging cincang berempah, membuat hidangan kali ini begitu ringkas dan istimewa.


Di tempatkan dalam mangkuk kecil aliminium bagi kemudahan bila menghidang. Ternyata, ianya begitu memudahkan kerja anda di dapur.

Haruman bau daun saderi serta daun basil membuatkan hidangan ini begituk menyelerakan.
Enak di makan tatkala masa hangat.

Hiaslah kentang lecek mengikut kreativiti anda. Dan hidangkan lah bersama hirisan buah tomato dan sedikit sos cili. Ianya juga sesuai bagi anda yang ingin menukar selera daripada nasi.

Selamat Menjamu Mata.





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, December 14, 2008

Dua Tema Satu Tradisi

Pulut Kuning Bunga Cinta
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berlainan dari tradisi pulut kuning yang selalu kita lihat. Kerana ianya penuh dangan rasa cinta bunga-bungaan.
Walau begitu ia kelihatan cantik..bersesuaian dengan jiwa kewanitaan.


Lalu terserlah dua tema yang di gabungkan menjadi satu. Tidak mustahil bila perlu mencuba sesuatu...lalu beginilah hasilnya...:-)


Allahamdulillah....kalimah apakah yang mampu mengungkap segala rasa hati..selain dari rasa syukur terhadap-Nya. Allahamdulillah..Amin..Amin..Amin Ya Allah.Rezeki yang di beri bagai mencurah silih berganti.
Amanah yang di galas di bahu bukan sedikit. Kepercayaan yang di beri begitu sangat di hargai.Bila aku mulai menulisnya mahupun berkongsi gambar...ini bukan kerana nama. Aku tidak perlu di kenali..memang aku begitu...aku gemar berurusan di belakang tabir. Tapi bila hasil kerja mula di hargai....aku hanya tersenyum puas. Jauh rasa bangga.
Aku gemar pada sesuatu yang cantik..aku gemar menghias...tapi aku suka melakukan sesuatu dengan kesederhanaan.Dari itu ku kongsi bersama anda, tempahan 2 tier pulut kuning untuk majlis perkahwinan pelangganku yang ku buat untuk hujung minggu ini. Tapi..oops! tak dapatku cucukkan tiangnya..maklumlah pelanggan tu sendiri akan melakukannya di tempat mereka. Allahamdulillah, mudah berurusan dengan mereka.
Thanks Norazia...atas kepercayaan yang di beri..:-)
Tarikh: 14hb Disember 2008


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™