CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Saturday, September 27, 2008

Opps ..Anda gemar??

Pistachios Brownies/Almond Brownies
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada pencinta coklat..brownie ini untuk anda. Ianya tidak terlalu manis,namun rasa coklatnya sangat tinggi. Memenuhi tempahan terakhir yang seawal jam 3 pagi,kami telah siap menyediakannya di dapur. Beginilah brownies yang sempat ku siapkan dalam masa 45 minit..:-)Dengan di hias sederhana..anda tak mungkin menolak jika ada sesiapa memberi sepiring brownie untuk anda...:-)

Usah perkatakan tentangnya terlalu banyak..kerana yang lebih jelas.....brownies ini sendiri mempunyai peminatnya sendiri...:-)

Namun ianya kurang sesuai bagi sesetengah di antaranya...yang mempunyai..oopss! berat badan yang berlebihan...:-)

Dari itu jamah sedikit sahaja..selebihnya...timbang berat badan anda terlebih dahulu sebelum anda menuding jari meyalahkan apa yang anda makan...:-)

Akhir kata, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Hari Raya!






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, September 26, 2008

Bingkisan Lebaran

Salammu'alaik Bagi Pengunjung Simply Iza D'Lite

Ramadhan sudah hampir untuk melabuhkan tirainya. Dan Syawal pula seakan mengintip di balik tirai jendela. Masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita dengan Ramadhan kali ini. Tahun hadapan entah dapatkah lagi kita menyambutnya?Wallahhua'lam.

Hanya Allah SWT yang mengetahui segala rahsianya.

Dan di kesempatan ini, saya empunya blog Simply Iza D'Lite ini..menyusun sepuluh jari bagi memohon ampun dan maaf bagi setiap kekhilafan yang berlaku sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Bagi kata-kata yang mengguris hati, bagi tingkah yang tidak terjaga, bagi penyumbang resipi yang berkongsi resipi di mana sahaja, di mana resipinya di olah, ubahsuaikan mengikut selera sendiri..mohon di maafi dzahir dan bathin.

Sesungguhnya di dalam hidup ini..kekhilafan seperti ini sering terjadi. Pada semua pelanggan Iza D'Lite..terimakasih atas kepercayaan serta sokongan anda.

Terimakasih kerana memilih manisan Iza D'Lite dalam menyerikan AidilFitri anda.

Akhir kata,bimbang tak berkesempatan di dalam kesibukkan yang melanda diri, buat anda...yea diri anda..:-)

Salam Lebaran. Mohon Maaf Dzahir Dan Bathin Dari Simply Iza D'Lite!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, September 24, 2008

Tart Nenas Dahlia

Tart Nenas Dahlia ~ Suatu lagi keindahan yang tersingkap di sebalik tart nenas ini. Iza D'Lite mempelbagaikan mengikut citarasa anda. Rasanya sama seperti kuih tart keluaran Iza D'Lite yang asli. Hanya ianya bertukar wajah dari berbentuk putaran roda menjadi kuntuman kelopak bunga dahlia.

Tetap indah di pandang mata bersesuaian pula dengan rasa. Kami bakar dengan suhu yang sederhana membuat kuih tart ini kelihatan cantik dengan warna aslinya yang tersendiri.


Apapun rupanya, kuih tart tetap menjadi pilihan di mana sahaja bila tiba hari raya. Ramai yang menyukai keaslian kuih tart ini.

Bagaimana dengan anda? Adakah mempunyai citarasa yang tinggi tentang kuih lagenda melayu ini?Tepuk dada tanya selera anda..:-)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..:-)






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!



Tuesday, September 23, 2008

Baked Seafood Rice

Seafood Baked Rice - Masa adakala bagai mencemburui kita. Dengan keadaan sibuk di dapur..adakalanya buntu memikrkan iftar nanti nak makan apa. Waktu beriftar bagi kami di sini,bukanlah seperti pesta makanan. Itu tengok mahu...ini tengok mahu.
Adakalanya kami makan seadanya sahaja. Namun sebagai wanita yang masanya banyak menguasai dapur, diriku tidak pernah menganggap memasak itu satu tanggungjawab. Ianya ku anggap sebagai hobi. Memasak dengan santai, menimbulkan rasa keselesaan tatkala di dapur. Dan memandangkan mulai esok, Iza D'Lite sudah kembali sibuk membakar kek yang telah di tempah awal-awal lagi. Makanya banyak persediaan yang di buat bagi melengkapi keperluan sseharian.
Di sini Iza D'Lite membawa anda menukar menu yang agak mudah membuatnya. Boleh di frozen bila perlu dan di bakar bila hendak memakannya. Seafood Baked Rice, berisi isi ikan dan kepingan udang serta sayur campur. Anda boleh pelbagaikan nasi ini,lalu taburkan serbuk prapika, keju dan oregano. Bakar dalam ketuhar yang panas selama berberapa minit dan makan tatkala panas.Oops! usah lupa sos prego...letakkan di atas nasi ini dan anda boleh nikmatinya tanpa was-was.
Cuba anda perhatikan, sebahagian nasi ini bolehlah di masukkan ke dalam mangkok aliminium, tutup bersama kertasnya dan anda boleh mula frozenkannya..,bila anda terasa lapar,panaskan ketuhar lalu bakarlah untuk beberapa minit.
Mudah bukan?:-)
Ternyata kebijaksanaan kita merancang urusan di dapur akan membuat kita lebih tenang dan senang. Anda masih boleh kelihatan anggun walau tempat anda kebanyakkan masa di dapur.
Lalu rancang apa yang ingin anda lakukan, agar ianya memudahkan diri anda.
Lalu tiada alasan bagi kaum wanita untuk tidak ke dapur hanya semata-mata terlalu penat ataupun kurang minat..:-)


Selamat Menjalani Ibadah Puasa..:-)



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, September 22, 2008

Blackpepper Seafood Pasta

Blackpepper Seafood Pasta
Hidangan yang begitu dikenali di sebuah restoran yang begitu terkenal bernama Swensen's. Setiap kali berkunjung ke restoran itu, setiap itu juga hidangan ini menjadi pilihan. Anda tidak akan pernah rasa cukup hanya dengan sepinggan pasta ini.
Lalu, tunggu dulu...
Untuk menikmati sepinggan lagi pasta jenis ini, anda perlu membayar belasan dollar lagi. Tentunya begitu mahal sekali,kan?Jika anda makan secara sendirian, mungkin ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda menambah dan membayar bagi sepinggan pasta lagi. Tetapi bagaimana jika anda mempunyai keluarga yang ramai?
Ini pastinya membuat anda berpikir dua kali sebelum anda melangkah ke restoran itu. Begitu juga dengan kami di sini. Walau makan secara sendirian, namun jika sudah berulangkali ke sana hanya sekadar ingin menikmati pasta ini, why not cuba lakukan sendiri di rumah di dapur sendiri?Walau belanja membuatnya agak mahal,namun anda akan rasa puas, kerana anda berjaya menikmatinya di rumah anda sendiri dengan lebih santai.
Pasta ini berisi udang,isi ikan, kepah yang segar, cendawan berserta hirisan lada,daun ketumbar dan juga taburan keju parmesan. Ianya enak di makan ketika hangat.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, September 19, 2008

Kuih Wajib

(Kulit tart nenas yang di cepit rapi menyerupai seperti tayar roda)
Kuih Tart Nenas - Kuih wajib pada hari raya. Bila anda beraya di rumah sanak saudara serta sahabat handai..pastinya anda akan terpandang kuih tart nenas ini. Ia nya merupakan kuih wajib yang menjadi suatu kemestian terhidang di meja pada hari lebaran..:-)



Ada pelbagai rupa serta rasa yang tiap seseorang membuatnya. Namun bukannya mudah mendapat kuih tart nenas yang ada ummphh...yang kena pada selera kita..:-) Selera orang pelbagai...namun bagi selera kami yang dahulunya bukan pencinta kuih tart, gemar pada rasa kuih tart pada masakini yang telah kami hasilkan.

(Inti nenasnya kami hasil dengan baik.Ianya masih lembut dan basah-basah apabila kami membakarnya.)

Kami menghasilkan kuih tart nenas yang mempunyai inti yang agak basah dan lembut, dan kulitnya kami hasilkan dengan baik,agar ianya tidak melekit-lekit di jari anda. Agar tekak anda tidak terasa haus bila mengunyah kuih tart nenas ini. Tidak seperti kebanyakkan kuih tart yang begitu terkenal dengan ketinggian kandungan minyak sapinya. Di sini kami menggunakan bahan yang bermutu tinggi. Lalu kami menghasilkan kuih tart nenas ini untuk anda.

(Inilah rupa tart nenas yang merupakan kuih wajib bagi sesetengah orang.)

Jika ini yang anda mahukan, mungkin kuih tart jenis ini bersesuaian dengan selera anda..:-)




Selamat Menjalani Ibadah Puasa :-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Wednesday, September 17, 2008

Makmur...Makmur..

(Kuih makmur yang di cepit halus merupai daun)

Kuih Makmur - sangat berbeza kuih makmur dengan biskut makmur. Anda tahu mengapa?Kerana biskut adalah sesuatu yang di biarkan terdedah di udara tanpa menutupnya..ianya akan mudah lemau. Berbeza pula dengan perkataan kuih. Seperti juga kuih tart..sangat beza sekali bila ada yang memanggilnya sebagai biskut tart..:-)

(Gula serbuk yg kami ayak ke atasnya lebih rapi dari di lumur terus kuih makmur ini ke dalam gula seperti kebanyakkan orang melakukannya.)

Lalu fahamkan perbezaan antara biskut dan kuih. Dan kali ini Iza D'Lite membawa anda pada kuih tradisi yang tak pernah lapuk dek perubahan zaman...iaitu kuih makmur. Sama hebatnya dengan kepopularan kuih tart nenas..:-), julung-julung kali kami membuka tempahan bagi kuih makmur ini. Dan Allahamdulillah, seawal subuh tadi...kami sudah mula sibuk menyempurnakan tempahan kuih makmur bagi pelanggan yang awal-awal lagi sudah menempahnya.

(Inti kacang bagi kuih makmur yang di isi padat menambahkan lagi kelazatan kuih ini)
Beginilah rupanya, gula serbuk kami ayak perlahan-lahan agar semua sekata. kami tidak melumurnya seperti yang biasa orang ramai lakukan..pada yang kurang gemar rasa manis...ini kuih makmur khas untuk anda..:-)


Selamat Menjalani Ibadah Puasa.






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, September 16, 2008

Pistachios Butter Cookies

Pistachios Butter Cookies - kami memilih kacang pistachio bagi menambahkan kelazatan biskut ini. Biskut yang mempunyai rasa lemak mentega begitu sederhana rasa manisnya.

Di hujung biskut ini kami celupkan dengan coklat cair dan kami taburi pula ianya dengan kacang pistachio ataupun kacang yang anda gemari. Anda pasti menggemarinya..:-) Dan pastinya ia menambah seri pada hidangan Aidilfitri kali ini..:-)

Selamat menjalani Ibadah Puasa..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Drizzle Chocolate Chips

Drizzle Chocolate Chips - hebatkan namanya , sehebat pula akan rasanya..:-) Biskut jenis ini begitu kaya dengan kekacang dan coklat!Bagi anda di luar sana yang memang menggemari rasa coklat, biskut ini adalah yang sesuai bagi selera anda..:-)

Anda tidak akan berhenti mengunyahnya, kerana satu tidak akan pernah cukup bagi anda!:-)Bersalutkan coklat cair berserta taburan serbuk gula halus, ianya menambahkan lagi kelazatannya.

Kami menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi , bersesuaian bagi anda yang sangat menitik beratkan qualiti sesuatu biskut itu. Dengan rasa rapuh dan rasa manis yang sederhana, anda boleh menikmatinya tanpa was-was. Ayuh apalagi...mari nikmati Drizzle Chocolate Chips pada masa-masa lapang anda. Have a breaks!:-)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..:-)




PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Monday, September 15, 2008

Gulung Bantal?

(Sebelum di oles..cantik tersusun)
Tart Kurma Gulung atau ada juga yang namakannya sebagai Kuih Bantal Peluk Saloma.
Untuk julung-julung kali, Iza D'Lite menghasilkan kuih jenis ini. Mengolah resipi yang sedia ada menjadikan kuih tart kurma gulung ini bertambah sedap.

(Siap dengan olesan telur sebelum di bakar)

Anda tidak akan pernah puas dengan sekali gigit. Rasanya yang lemak, di perbuat dari bahan-bahan yang bermutu tinggi membuat kuih jenis ini begitu istimewa. Dengan rasa manis yang sederhana, ianya begitu sesuai bagi tua dan muda.

(Olesan kuning telur ternyata menghasilkan sesuatu yang cantik pada kuih ini)

Kami oleskan kocokan kuning telur bergrade tinggi, membuat kuih ini bertambah lemak. Bertambah pula kami menggunakan kurma madu bagi menyedapkan lagi kuih ini.
(Berinti kurma madu)

Perhatikan betapa lembutnya kuih ini..namun seperti biasa Iza D'Lite menasihatkan...usah di tenung lama-lama..nanti anda akan dapati keyboard anda basah...

Kuih ini secara rasmi Iza D'Lite yang membuatnya, namun secara tidak langsung pada yang memanggilnya kuih bantal peluk saloma...bantal peluk ini ianya tetap menjadi hak mutlak Saloma...ngeh..ngeh..ngeh...:-)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!







Sunday, September 14, 2008

London...I'm Coming!

Tidak perlu pergi jauh..kerana di sini Iza D'Lite membawa anda bersama biskut yang begitu popular dengan negara orang putih itu, iaitu London..:-)
Dengan bersalut kerangupan biskut berserta kacang badam, luarannya pula di saluti pula dengan coklat cair. Ermm..begitu memikat..:-)

Cuba anda perhatikan. Biskut jenis ini sudah teruji akan kerangupannyanya. Dengan sekali gigit, anda tidak akan mampu berhenti ingin menikmatinya lagi...:-)London Almond, begitu mudah untuk di nikmati,namun adakah anda rasa ianya begitu mudah untuk menyiapkannya?

Berapa mudahkan bagi anda menjaga qualiti biskut jenis ini?Bagi Iza D'Lite, ianya bukan sesuatu yang mudah. Anda perlu pastikan biskut jenis ini terus bertahan kerangupannya sehingga saat anda menghidangkannya pada tetamu.




Pastikan biskut dan kekacangnya terus rangup. Tidak ada bau yang kurang enak ketika hendak di makan iaitu,tengek! Jaga qualiti coklat itu sendiri. Jika semuanya berjalan dengan baik,pastinya anda tidak akan pernah jemu menikmati London Almond ini!:-)

Pesan dari Iza D'Lite..usah di tenung lama-lama biskut jenis ini,kerana di khuatiri keyboard anda akan basah!!

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Saturday, September 13, 2008

My First Batch


Hari ini Iza D'Lite memulakan sesi membakar biskut-biskut yang telah di tempah. Biskut serta kuih di bakar mengikut pada tempahan dan tarikh yang bakal di ambil oleh empunya diri.

(Kebersihan menjadi keutamaan)



(Berserta sarungtangan dan pelitup mulut proses membuat kuih berjalan dengan bersih dan selamat)

Seawal sesudah subuh, proses membuatnya sudah bermula. Di bantu oleh kakitangan khidmat setia..:-) Allahamdulillah..kerja first batch membakar, pembungkusan kuih dan biskut begitu berjalan dengan lancar.:-)

(Sugee Gajus)


Allahamdulillah..tiada masaalah yang di hadapi. Semua kakitangan berserta peralatan yang ada begitu bekerjasama. Begitulah seterus hendaknya.:-)


Mari saksikan kesibukkan Dapur Iza D'Lite bila ianya mula berasap..:-)


Ikuti seterusnya di lain episod:-)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..:-)





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™