CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Kenali Aku...

My photo
Jalan Saujana, Singapore
Seorang yang lebih selesa di kenali di belakang tabir.Minat pada sesuatu yang melambangkan keindahan.Seorang pemerhati akan sesuatu kreativiti.Mudah mengagumi sesuatu dari memuji...yang penting bila melakukan sesuatu ianya ikhlas dari hati....

Friday, August 29, 2008

Sweet Orange Cupcakes

Iza D'Lite lebih menggalakkan para pelanggan memberi masa untuk menempah sebarang manisan untuk hari istimewa anda selewat-lewatnya tiga hari sebelum waktu yang anda inginkan pesanan anda di siapkan.

Iza D'Lite juga tidak menggalakkan tempahan pada saat-saat akhir. Dan adakalanya kami tidak dapat menerima tempahan yang seperti berikut. Beri kami tiga hari waktu kerja untuk kami sempurnakan pesanan anda sekiranya jumlah yang anda kehendaki tidak melebihi 200 keping cupcakes.

Inilah yang terpaksa kami beritahu. Kerana Iza D'Lite mementingkan kesempurnaan. Tempahan saat akhir membuat Iza D'Lite tidak bersedia untuk menerimanya. Kami sekali lagi minta kerjasama dari anda bagi kepuasan untuk diri dan wang anda.

Dan inilah hasilnya yang Iza D'Lite siapkan bagi tempahan akhir bagi hari guru bagi salah seorang pelanggan Iza D'Lite.

Kami sangat berterimakasih kerana atas kepercayaan serta kesudian anda menempah hadiah manisan ini bagi menyerikan hari guru anak anda.

Dan bagi anda yang ingin menempah atau ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya melalui simplydlite@yahoo.com

Terimakasih,

Simply Iza D'Lite

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Hadiah Hari Lahir

"za.. kek nya lembut lah.. krim nya rasa macam aiskrim yg kat 7-11(Mr.Sofee) tu..sekejap dah tinggal 4 za.. budak2 balik sekolah nampak kat fridge dorang nak.. sib baik dah ambil gambar dulu.sedap budak2 cakap.. " - Mamadhora
Thank you, Mamadhora..for the compliment.






PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, August 28, 2008

Istimewa Untuk Anda

Istimewa untuk yang teristimewa..:-)Anda ingin meraikannya dengan manisan kek-kek yang comel...bersalut dengan krim yang tidak begitu manis?
Mungkin bukan untuk anda..tapi untuk insan yang istimewa dalam hidup anda....:-)
Satu set kek seperti ini mungkin begitu bererti bagi si penerima.
Pasti mereka akan tersenyum manis bila di serikan dengan manisan kek seperti ini.Sesuai untuk hari-hari kelahiran dan boleh juga di buat sebagai hadiah yang manis di pagi raya.
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin menempah dalam masa terdekat ini..usah keberatan menghubungi saya melalui e_mail di simplydlite@yahoo.com.


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Kek Aiskrim Stroberi


It's really cool...:-) Stroberi aiskrim kek ini sangat sesuai di hidangkan pada para tetamu atau ahli keluarga anda sendiri.

Anda pasti tidak akan jelak dan tidak akan pernah cukup dengan hanya sepotong kek aiskrim ini..:-)
Bukan sahaja ianya begitu lazat..malah ianya sangat di sukai ramai.


Apa kata sesekali kita ketepikan diet kita dan hidangkannya untuk keluarga manisan seperti ini.



Jika di luar harga sebuah kek aiskrim ini mampu mencecah sehingga $70 lebih dollar.Namun bila di rumah, anda mampu menyediakannya sendiri tanpa perlu membayar harga yg terlalu tinggi.



Walau apa pun, usah di tenung lama-lama kek aiskrim ini kerana sememangnya kek aiskrim mudah sangat cairrr...:-)

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Tuesday, August 26, 2008

Enaknya Nasi Goreng!

Mungkin anda satu selera dengan saya..:-) Nasi goreng senang di masak mudah di makan..:-)
Menjadi pilihan keluarga kami...:-)
Bertambah lagi dengan ikan bilis yang di goreng garing...menambahkan lagi kelazatan yang sedia ada.
Apakata jika anda kebuntuan..masak sahaja nasi goreng yang seperti terhidang di sini..:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Jejari Ikan vs Fish Finger

Jejari Ikan atau Fish Finger sangat enak untuk di jamu bagi yang sememangnya menggemari makanan ringan ataupun cemil-cemilan...:-)

Jika cukup bahan-bahannya, ternyata jejari ikan amat sedap untuk di makan begitu sahaja. Untuk membeli satu paket sahaja di luar sana memakan harga yang mahal dengan quantitynya yang sedikit.

Lebih lumayan untuk melakukannya sendiri di rumah, bertambah lagi yang mempunyai anak-anak kecil yang sememangnya menggemari makanan seperti ini. Buat lebih sedikit, lalu simpan dengan rapi di dalam tupperware lalu frozenkan. Anda hanya perlu menggorengnya pada bila-bila masa sahaja bila anda ingin menikmatinya.


Lalu usah lupa akan sos mayo atau sos cili pilihan anda. Nikmatilah jejari ikan ini semasa panas!Pastinya anda tidak akan menoleh ke belakang tatkala menikmati hidangan ini...:-)

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Sunday, August 24, 2008

Thank You!

Simple sahaja hiasan kek ini, namun ianya sudah cukup mampu membuat si penerima cupcakes ini tersenyum.....:-)

"Sedap betul c/cakes dari Iza d'lite! Thanks, sis!" itu la kata-kata dari sms yang di terima sebaik sahaja talifon bimbit di hidupkan.

Teringat kata si pelanggan, "i lurve blue...can i've a blue c/cakes?".....senyum memanjang seketika saya tika itu. Kenapa? Sebab saya begitu bimbang untuk makan kek atau kuih apa sahaja yang berwarna biru...hehe..:-)

So memandangkan itu permintaan si pelanggan...saya berusaha memenuhinya keinginannya.Memandangkan bukannya payah untuk mencari warna tersebut.

Seronok melakukan sesuatu buat seseorang jika mereka senang hati dengan apa yang kami lakukan. Simple decor but taste good! Yang penting kami puas bila melihat si pelanggan happy dengan kerja kami!





PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Saturday, August 23, 2008

Durian D'Lite SwissRoll


Durian ~ Anda penggemar durian? Di sini Iza D'Lite menyediakan kek roll durian untuk anda.
Sedap, lembut dan harum baunya...:-)

Bagi anda yang sememangnya menggemari durian pasti akan terpaut hati pada lembut rasa kek roll durian ini. Sesuai di hidang di hari raya mahupun waktu minum petang.

Iza D'Lite sangat menitik berat tentang permakanan dan kesihatan anda.
Bagi anda yang bimbang akan tingginya gula di dalam kek ini...dengan sukacitanya ingin memberitahu anda. Kek roll durian ini rasa manisnya begitu seimbang dengan rasa kek itu sendiri. Anda tak perlu risau mengenainya. Di dalam krim yang putih gebu itu..kami taburkan dengan kekacang yang di kisar kasar-kasar.
Anda pasti menyukainya.
Sila e_mail Iza D'Lite bagi sembarang tempahan.

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Friday, August 22, 2008

Kuih Raya Iza D'Lite

Kita sudah berada di ambang bulan ramadhan. Tidak lama lagi bulan syaaban akan melabuhkan tirainya. Bila ramadhan menjelang, kaum wanitalah yang biasanya begitu sibuk.




(Kuih Makmur)


Banyak persiapan diri dari segi fizikal dan mentaliti harus di buat. Begitu juga dengan persiapan hari raya. Di sini Iza D'Lite membantu anda bagi yang tidak sempat untuk membuat kuih serta manisan bagi hari raya.



(Sugee Gajus)


Rasakan keistimewaan kuih raya dari Iza D'Lite. Seperti kuih tart, makmur dan sugee gajus.Tahun ini Iza D'lite membuka peluang anda menikmati kuih makmur yang julung-julung kali di buka bagi tempahan. Rasakan keenakkannya. Resipi dari Bonda Iza D'Lite seringkali mendapat tempat di hati para tetamu.

Kuih Tart Nenas serta Tart Nenas Berkeju, merupakan kuih yang menjadi pilihan ramai dan seringkali kuih tart nenas ini akan langsai terlebih dahulu..:-) Dan istimewanya tart nenas berkeju ini pula..ianya boleh di hidangkan ketika dingin. Ia mampu bertahan lama bila di simpan di dalam petisejuk anda. Anda perlu mencuba kedua tart nenas berikut.
















Dan bagi suji gajus pula, selain rasanya yang enak..suji gajus ini membuat anda tidak cukup dengan sekali gigit. Anda pasti menyukainya oleh kerana rasanya yang agak crunchy. Dan di letakkan di dalam mangkuk kertas yang comel. Pastinya ia tidak akan melekitkan jejari anda sepertimana yang biasa bila kita makan kuih suji.


(Jejari Koko Oats)



(Tart Nenas Berkeju)


Jejari koko bijirin oats pula sangat berkhasiat bagi penggemar bijirin. Kelihatan tiada rupa namun rasanya tetap sedap. Kami menyalut luaran jejari koko oats ini dengan taburan gula aising. Agar ia nampak lebih menarik.


(Kuih Tart Nenas)



Lalu bagi anda yang masih tercari-cari kuih apakah yang ingin anda serikan di meja anda bila tiba Aidilfitri nanti, inilah masanya anda mencuba kuih raya dari Iza D'Lite. Insya'Allah pasti memuaskan. Kerana di sini kami mementingkan "Qualiti dari Quantiti"..:-)


Lalu apalagi, please e_mail me to place your order. Thank you..:-)



Simply Iza D'Lite

PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!

Thursday, August 21, 2008

Anyone Luv Cupcakes?

Cupcakes - Anyone luv cupcakes?:-)
Bukan sahaja ianya kelihatan cantik, namun rasanya juga memainkan peranan yang utama.

Berulangkali saya cuba menyesuaikan rasa dengan buttercream yang tidak begitu manis dan muak. Bukan mudah sebenarnya, sebab selera pelanggan berbagai.


Namun saya tidak pernah kenal putus asa. Iza D'Lite ingin cupcakes yang di buat di gemari ramai. Yang sesuai di makan oleh orang dewasa dan kanak-kanak.




Jika anda ingin sekali meraikan hari istimewa anda, usahlah segan untuk menghubungi Iza D'Lite bagi menyeri majlis serta hari istimewa anda..:-)


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission.
That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind.
Thank you N enjoyz!


Wednesday, August 20, 2008

Pulut Kuning Penyeri Majlis


















Pulut Kuning - Sesuatu yang telah menjadi tradisi orang melayu kita. Selain manisan kek yang selalu menjadi pilihan, pulut kuning ini juga seringkali mendapat tempat di hati para pelanggan yang ingin meraikan hari-hari istimewa mereka.

Sebagai menggantikan manisan-manisan seperti kek, pelanggan sering menukar selera dengan hidangan pulut kuning.

Bukan sahaja ia di hias cantik malah ia mempunyai rasanya yang tersendiri.
Dan pulut kuning ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.


Anda harus mencuba kelainan dalam menyambut hari-hari istimewa anda.



Seperti pulut kuning ini..saya juga memenuhi tempahan bagi pelanggan yang ingin pulut kuning setinggi 3 tingkat.




Lalu jika anda berada di Singapura dan menginginkan sesuatu yang berlainan bagi hari istimewa anda...apa kata anda bertukar selera pada pulut kuning makanan tradisi yang sememangnya memberi ertinya yang tersendiri.








Sila hubungi Iza D'Lite melalui e_mail atau tinggalkan komen anda di sini bagi pertanyaan dan juga tempahan yang anda ingini.



Simply Iza D'Lite


PLEASE don't copy, save, use, distribute my photos without permission. That's not nice. After all, Allah sees everything, even in the darkest night. Please be kind. Thank you N enjoyz!

 
Hakcipta Terpelihara Oleh Simply D'Lite™